Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan marjerin
- 1 biji telur
- secubit garam
Cara penyediaan:
- Gaul tepung gandum, marjerin dan garam sehingga rata.
- Masukkan telur. Uli sehingga menjadi doh .
- Bentukkan doh seperti tart shell ikut permukaan kuali. Tips: Biar agak berlekuk bahagian tengah untuk isi filling.
- Bahagian tepi-tepi tersebut bentuk atau tekan menggunakan garfu sahaja. Tips: Kulit tart tidak perlu bakar dahulu. Tuang filling baru bakar.
Filling atau Inti
Bahan-bahan:
- 1 1/2 cawan susu cair
- 3 biji kuning telur
- 3 sudu besar serbuk koko
- 5 sudu besar gula
- 1 sudu kecil esen coklat atau esen vanilla
- 2 sudu besar tepung jagung
- secubit garam
Cara penyediaan:
- Kacau sebati atau kisar semua bahan.
- Tapiskan dan tuang ke dalam tart shell.
- Bakar suhu 170° api atas bawah selama 40 minit.
- Jika bakar menggunakan dapur gas, api dipasang kecil sahaja. Bakar selama 30-40 minit. TIps: Tutup permukaan kuali.
- Apabila inti telah keras atau pejal bermaksud ia sudah masak.
Tips: Boleh juga dibakar menggunakan loyang.
Untuk resepi lain, boleh ikuti Facebook Raja Amanina
Sumber: Raja Amanina