Daging bulgogi merupakan sebuah menu yang berasal dari Korea. Ia boleh didapati di restoran Korea dengan harga yang agak mahal.
Masakan ini mempunyai rasa manis dan sedikit pedas daripada lada hitam. Jika tidak suka manis, boleh sediakan hidangan yang pedas sebagai sampingan.
Daging Bulgogi
Versi 1
Bahan perapan (marinate):
- Daging cincang/potong nipis (500gm)
- Gula perang (3 sudu besar)
- Bawang putih (1 sudu besar)
- Kicap pekat (1 sudu besar)
- Sos ikan (2 sudu besar)
- Sos bijan (3 sudu besar)
Sayur:
- Lobak merah (1 biji)
- Bawang Holland (1 biji)
- Daun bawang - boleh lebihkan untuk naikkan rasa
Cara-cara penyediaan:
- Panaskan sedikit minyak dan campurkan bahan yang telah diperap tadi.
- Agak-agak daging sudah mahu masak, campurkan sayur. Biarkan seketika dan siap.
Versi 2
Bahan perapan:
- Daging (1/2kg) - dipotong nipis (cari bahagian yang lembut sedikit)
- Bawang Holland (2 biji) - dihiris nipis (satu masuk dalam perapan, satu lagi untuk ditumis kemudian)
- Buah pear (1/4 biji) - dihiris nipis (optional, tetapi pemilik resepi suka rasa rangup dan manis buahnya)
- Daun bawang - pangkalnya dipotong panjang untuk perapan, hujungnya dihiris untuk hiasan
- Kicap soya cair (3 sudu besar)
- Sos tiram (1 sudu besar)
- Minyak bijan (1 sudu besar)
- Bijan (sesame seed) (1 sudu besar)
- Sunquick (1 sudu besar) - sepatutnya sos plum
- Gula pasir/perang (1 1/2 sudu besar)
- Biji lada hitam (sedikit) - ditumbuk
- Serbuk perasa, garam atau kicap manis (sedikit)
Perap dalam peti ais selama 30 minit atau untuk lebih baik, semalaman.
Cara memasak:
- Panaskan sedikit minyak dan masukkan daging perap tadi. Masak sehingga kering airnya dan berkilat-kilat. Ubahsuai rasa dengan kicap manis atau serbuk perasa. Ketepikan.
- Pada kuali lain, panaskan sedikit minyak dan tumis sebiji bawang Holland yang dihiris. Jangan terlalu lama.
Cara hidangan:
Masukkan bawang yang ditumis tadi, letakkan daging bulgogi atas bawang dan taburkan daun bawang yang dihiris. Curahkan sedikit minyak bijan. Siap.
Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.
Kredit resepi: