Untuk resepi bonus, air lemon jenama Hausboom boleh ditukar dengan air soda dicampur dengan lemon dan gula sedikit. Ia juga boleh digantikan dengan minuman berkarbonat, Sprite.
Namun, air soda dan lemon lebih sedap kerana rasanya tidak keras berbanding Sprite yang sedikit tajam. Untuk air laici tin pula, gunakan jenama Hosen untuk isi buah laici yang berkualiti.
Biskut Keju
Bahan-bahan:
- Mentega (250 gm)
- Keju krim (cream cheese) Tatura (100 gm)
- Gula aising (100 gm)
- Tepung jagung (200 gm)
- Tepung kastard (160 gm)
- Tepung gandum (180 gm)
- Keju cheddar parut (30 gm)
- Kuning telur (2 biji)
- Susu pekat manis (2 sudu besar)
- Esen vanila (1/2 sudu teh)
Cara-cara penyediaan:
- Pukul mentega, keju krim dan gula sehingga gebu.
- Masukkan esen vanila, susu pekat manis dan telur kuning sebiji-sebiji.
- Pukul perlahan sehingga sebati.
- Campur kesemua tepung. Masukkan sedikit demi sedikit sambil kacau sebati sehingga menjadi doh menggunakan senduk atau tangan.
- Masukkan keju cheddar parut.
- Ambil doh dan bulatkan kecil-kecil.
- Tekan dengan garfu.
- Letakkan keju parut atas doh bulat.
- Bakar selama 25-30 minit menggunakan suhu 160'c. Api atas bawah.
Resepi Bonus: Air Tembikai Lemon Laici
Bahan-bahan:
- Tembikai (1 kg) - ditimbang termasuk kulit
- Laici (1 tin)
- Air lemon jenama Hausboom (1 botol)
Nota: Gula tidak digunakan kerana sudah cukup manis dari semua air-air ini.
Cara-cara membuat:
- Masukkan tembikai dalam pengisar. Letak air lemon. Kisar dan tapis untuk buang sedikit hampas atau buih. Lebih kurang 1/3 hampas untuk elak dari jus pekat bersalut.
- Tambah air laici tin dan boleh letakkan ais. Siap.
Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.
Kredit resepi: