Biskut ini perlu dibakar sekali dengan acuannya. Apabila sudah masak, keluarkan dan sejukkan acuan tersebut. Kemudian, barulah ketuk sehingga biskut keluar.
Satu adunan dapat menghasilkan sebanyak lebih kurang 60-70 biji. Jika acuan tidak mencukupi, ia boleh dibakar secara bergilir-gilir.
Biskut Y
Bahan-bahan:
- Marjerin (250gm)
- Gula (1 cawan)
- Tepung gandum (4 cawan)
Cara-cara penyediaan:
- Satukan kesemua bahan sehingga menjadi seperti serbuk roti.
- Selepas adunan sudah sebati, tekan dalam acuan.
- Bakar selama 20-25 min, 200c.
Tips:
- Jika adunan terlalu lembik, boleh tambah tepung dan tambah sedikit gula. Jika tambah tepung sahaja dan terlupa letakkan gula, tidak sedap juga kerana kurang rangup.
- Pemilik resepi tidak menggunakan Nestum atau oat.
- Suhu ketuhar juga terpulang atas individu. Ada sesetengah ketuhar cepat panas dan ada sesetengah ketuhar lambat. Pantau biskut tersebut. Jika kelihatan kekuningan dan garing sedikit, cepat angkat kerana dibimbangi terlalu tergaring.
Resepi Bonus: Air Soda Laici Herb
Bahan-bahan:
- Air aiskrim soda (1 botol besar)
- Laici (1 tin) - juga boleh gunakan longan
- Serai (2 batang) - dititik
- Daun pudina - jumlah helai adalah terpulang
- Lemon (1 biji) - dihiris nipis
- Asam boi putih
- Ais batu (secukupnya)
Cara-cara membuat:
- Cuci semua bahan sehingga bersih.
- Hiriskan lemon nipis-nipis.
- Letakkan daun pudina.
- Masukkan lemon yang telah dihiris.
- Kemudian, diikuti pula dengan asam boi putih.
- Masukkan buah laici atau longan, termasuk airnya.
- Tuangkan air aiskrim soda secukupnya.
- Masukkan ais batu.
- Perah anggaran setengah biji lemon untuk memberi sedikit rasa. Kemudian, masukkan selebihnya yang telah dipotong atau dihiris.
- Akhir sekali, masukkan serai yang telah diketuk.
Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.
Kredit resepi: