Oleh pada 28 Jan 2018 kategori

Sumber foto: malayberujar.blogspot.com 

Akibat meminta rasuah sebanyak RM3,500 daripada seorang ahli perniagaan pada Khamis lalu, Dua pegawai polis ditahan reman selama empat hari bermula semalam.

Selepas menerima permohonan Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Malaysia (SPRM), Riduan Kadri, Penolong Pendaftar Mahkamah Khas Reman Seremban, Haryatie Mohd. Saini telah mengeluarkan perintah reman sehingga 30 Januari kepada kedua- dua pegawai polis berkenaan.

Inspektor berusia 33 tahun dan asisten superintenden (ASP) berumur 38 tahun, dari Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang tidak diwakili peguam.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang mana hukuman di bawah Seksyen 24 Akta SPRM iaitu penjara 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan yang mana lebih tinggi.

Ahli perniagaan telah mendakwa dihubungi Inspektor berkenaan untuk meminta wang rasuah RM3,500 bagi mengelakkan pekerjanya yang memiliki telefon bimbit curi dari didakwa di mahkamah.

Akibat dari kejadiaan itu, laporan kepada SPRM Negeri Sembilan dibuat oleh ahli perniagaan tersebut.

Ekoran dari laporan yang dibuat, SPRM bertindak untuk membuat tangkapan. Inspektor berkenaan dicekup di hadapan sebuah restoran di Subang Jaya, Selangor pada pukul 9.38 malam kelmarin. Sejumlah wang RM3,500 dijumpai bersama.

Hasil siasatan, suspek memberitahu telah memberikan sebanyak RM2,000 dari wang tersebut kepada pegawai atasan berpangkat ASP.

Pegawai polis berpangkat ASP tersebut diberkas oleh SPRM di sebuah restoran di Cheras pada pukul 1.25 pagi semalam. Sejumlah wang RM2000 ditemui di dalam simpanannya.

Sumber berita: Utusan Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)