Wan Hasliza Wan Zainuddin adalah seorang pengarah terkenal yang dikenali kerana karyanya yang popular, drama Kampung People.
Baru-baru ini, dia membawa hubungan dengan pelakon Rashidi Ishak ke pelaminan.
Pasangan itu berjaya mengejutkan umum dengan menjaga rahsia hubungan cinta mereka sebelum akhirnya memaklumkan berita perkahwinan mereka.
Berikut adalah beberapa butiran mengenai Wan Hasliza, seorang bakat kreatif yang terkenal.
1. Nama sebenarnya ialah Wan Hasliza binti Wan Zainuddin.
2. Dia merupakan pengarah, penerbit dan penulis skrip di syarikat penerbitan televisyen dan filem Malaysia, KL Motion Pictures.
3. Dia pernah berada di kerusi pengarahan menerusi drama dan telefilem seperti Kampung People, I-Tanggang: Mother of All Lies, Abah Next Door, Stella On Stage, Tetuan Ang & Rahimin dan Hantu Raya Pergi Perang.
4. Dalam industri perfileman tanah air, dia merupakan sutradara yang menghasilkan filem Love Supermoon, Keluarga Iskandar The Movie, Penunggu Istana dan Kalla: Hidup Atau Mati.
5. Hasliza mempunyai kelulusan pendidikan daripada University of Wales, Cardiff.
6. Menggunakan akaun Instagram (IG) atas nama akaun @wanhaslizawz yang sehingga kini diikuti lebih 13,400 pengikut.
7. Berkahwin dengan pelakon Rashidi Ishak (umur 50 tahun) dalam majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Sri Sendayan, Bandar Sri Sendayan, Siliau, Negeri Sembilan pada 2 Februari 2023 lalu.
Anak Rashidi hasil perkahwinan bersama bekas isterinya, Vanidah Imran
Sebelum ini, Rashidi telah mendirikan rumah tangga dengan aktres Vanida Imran pada 1 Oktober 2000 tetapi bercerai pada 9 Ogos 2018.
Hasil perkahwinan itu, mereka dianugerahkan dua orang anak iaitu Mikhail dan Maryam Rashika.
Kredit foto: Instagram Wan Hasliza Wan Zainuddin , Facebook Wan Hasliza Wan Zainuddin , Instagram Rashidi Ishak , Fikri Fauzi