Kredit foto: Instagram Wan Ju Wan Ju & Instagram MakWan
Siapa Mak Wan Latah? Selebriti empunya nama sebenar Halimatussa'diah Mohd Daud yang juga sinonim dengan nama Mak Wan Julia ini merupakan seorang pelakon wanita veteran Malaysia.
Mak Wan aktif menceburi bidang lakonan dan terkenal dengan peranan watak 'mak-mak' seperti karakter Mak Senah dalam drama Kekasih Paksa Rela dan Mak Limah dalam 7 Hari Mencintaiku.
Biodata
Nama penuh: Halimatussa'diah binti Mohd Daud
Nama komersial: Mak Wan Latah, Mak Wan Julia
Umur: 61 tahun (2022)
Keluarga: Empat orang anak (daripada dua perkahwinan awal)
Adik Beradik: Halimatul Noor Mohamad Daud (adik)
Kerjaya: Pelakon
Instagram (IG): @makwanlatah_official
Kisah Dan Latar Belakang
Kerjaya seninya bermula sejak 23 tahun lalu, menerusi pembabitan di layar perak dalam filem Maut, Jangan Pandang Belakang Boleh, Nasi Tangas, Suamiku Encik Perfect 10, Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng, Desakan Dewasa, Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda dan Kampung Latah Kena Kuarantin.
Penampilannya di televisyen ialah menerusi drama Anak Pontianak, Kekasihku Seru, Mertua VS Menantu, Ramadan Yang Hilang, Rahsia Hati Perempuan, Rumah Siti Khadijah, Sihir, Keluarga Instafamous, 7 Hari Mencintaiku 3 dan banyak lagi.
Juga telefilem seperti Cinta Latah, Opah Dot Com, Teksi Love, Opocot The Movie, Tentang Alif, Puaka Janda dan Peti Ais Mak.
Kemunculannya di pentas teater menerusi pementasan Labun Mak Dara pada 2022.
Pada 22 Januari 2022, Mak Wan membawa hubungan cintanya dengan Husain Dollah, 74, ke alam perkahwinan selepas mengikat pertunangan pada 14 November 2021.
Pada 21 April 2022, Mak Wan dan Husain telah sah bercerai dengan talak satu.
Ia merupakah perkongsian hidup yang ketiga buat Mak Wan selepas tujuh tahun hidup sebagai ibu tunggal.
Dalam dua perkahwinan terdahulu, Mak Wan dikurniakan empat orang anak, manakala Husain pula memiliki dua orang zuriat.
Mak Wan sebelum ini pernah membuat pendedahan bahawa beliau tinggal bersendirian dan mempunyai masalah kesihatan iaitu penyakit kencing manis, darah tinggi dan semput.
Beliau menyifatkan pelakon Didie Alias sebagai seorang rakan industri yang sangat prihatin dengan kebajikannya kerana sering bertanya khabar dan menghulurkan bantuan sepanjang beliau memegang status sebagai ibu tunggal, sama ada dari sudut kewangan mahupun barangan keperluan.
Didie juga antara individu yang terawal menjenguknya apabila dia mempunyai masalah kesihatan.
Selepas bercerai, Mak Wan terpalit dengan dakwaan kononnya seorang yang tidak berakhlak sehingga didakwa menjadi faktor perceraiannya dengan suami. Bagaimanapun, Mak Wan bertindak mengunci mulut mengenai segala isu yang timbul kerana enggan membuka aib mana-mana pihak.
Antara lain, Mak Wan juga didakwa melakukan perkara syirik iaitu sihir seperti yang tular dalam video di aplikasi TikTok baru-baru ini, namun Mak Wan menjelaskan rakaman itu adalah video lama ketika dia sedang menjalani latihan untuk lakonannya sebagai watak bomoh jahat.
Satu lagi perkongsian yang tular di TikTok menyaksikan seorang wanita mirip Mak Wan sedang mengamuk terhadap seorang lelaki tua didakwa adalah bekas suaminya. Wanita itu kelihatan sedang tendang pintu dengan sepenuh hatinya.
Difahamkan Mak Wan telah mengambil tindakan lanjut dengan membuat laporan polis bagi menyelamatkan maruah beliau.
Gambar
Kredit foto: Instagram Wan Ju Wan Ju & Instagram MakWan
Video
Kredit video: Sayu hati dengar rintihan Mak Wan Latah, beraya seorang diri... sakit pun anak tak boleh balik
Sumber:
1. Pelakon Mak Wan Latah diceraikan dengan talak satu... Perkahwinan hanya bertahan 3 bulan
3. Didakwa tidak berakhlak, Mak Wan Latah simpan aib bekas suami
4. Mak Wan 'karaoke' nak lepas tekanan selepas bercerai
5. Mak Wan Latah nafi lakukan perkara syirik
6. Mak Wan Latah nikah lagi, pindah ikut suami ke Kuala Pilah