Kredit foto: Instagram Emma Maembong
Diam tak diam, drama berepisod, Nusyuz Berkiblat Cinta bakal melabuhkan tirai menerusi saluran Astro Ria, pukul 9 malam ini.
Drama terbitan Mache All Star United yang merupakan garapan pengarah Hadith Omar itu ternyata meraih sambutan luar biasa apabila setiap episod yang ke udara sejak 3 April lalu menjadi buah mulut serta topik hangat di pelbagai platform media sosial.
Pelakon Emma Maembong antara yang menghidupkan karakter dalam siri tersebut, diakui mempunyai kredibiliti lakonan yang tidak dapat disangkal lagi.
Untuk ruangan biodata kali ini kami kongsikan 8 fakta menarik mengenai aktres berdarah kacukan, pemilik nama penuh Fatimah Rohani Ismail ini yang popularitinya turut merentasi platform Instagram, menerusi capaian 5.2 juta pengikut.
8 Fakta Pelakon Emma Maembong Yang Ramai Tak Tahu!
1. Emma Maembong juga dikenali sebagai anak perempuan kepada pelukis terkenal negara, Ismail Embong.
2. Emma dan Ismail mempunyai pertalian yang sangat rapat. Emma menggelarkan dirinya sebagai 'anak ayah' kerana dia dan bapanya akrab sejak tinggal bersama - selepas Ismail dan isterinya bercerai.
3. Emma dan dua adik beradiknya, Chacha Maembong dan Yaya Maembong mewarisi bakat semulajadi yang dimiliki Ismail dalam bidang lukisan, namun 'kepakaran' Emma ke arah lukisan yang berkonsepkan figura, manakala Yaya pula hebat dalam penghasilan lukisan dekorasi. Sementara Chacha melukis berpandukan 'mood'nya pada satu-satu ketika.
4. Walaupun ibu Emma wanita 'Mat Salleh' yang berasal dari Scotland, namun empunya nama Islam, Yatimah Zainab ini petah bertutur dalam loghat Terengganu.
5. Pelakon putih gebu ini merupakan seorang penyelam yang baik dan memiliki lesen menyelam untuk melakukan aktiviti riadah berkenaan. Dia boleh terjun di tengah-tengah laut tanpa menggunakan pelampung dan jaket keselamatan!
6. Menyingkap kisah cinta dengan suami, Muhammad Shazli Azhar, perkenalan mereka bermula daripada pertemuan ketika menghadiri majlis sambutan hari jadi pelakon, Uqasha Senrose pada tahun 2017. Perkahwinan dengan 'pilot' pada 20 Februari 2020 itu sehingga kini dilengkapi dengan seorang anak lelaki bernama Shariq Gabriel, hasil kelahiran 8 November 2020.
7. Mempunyai hubungan rapat dengan aktor Alvin Chong sebagai sahabat baik, antara drama yang 'menjodohkan' mereka ialah Awak Suka Saya Tak dan Aku Pilih Bahagia. Alvin antara teman yang menyimpan rapi tarikh nikah Emma dengan suaminya yang pernah dirahsiakan daripada pengetahuan umum, suatu ketika dahulu.
Kredit foto: Instagram Emma Maembong
8. Emma kini dikenali dengan tiga drama bersiri popular iaitu I Promise Janji Anaqi (2021), Aku Pilih Bahagia (2022) serta Nusyuz Berkiblat Cinta (2022) yang sedang rancak ditayangkan di Astro Ria.
Nusyuz Berkiblat Cinta sentuhan Hadith Omar sebagai pengarah, turut dibarisi Fikry Ibrahim, Nadhir Nasar dan Shaza Bae. Episod akhir bakal menemui penonton pada malam ini.
Untuk biodata asas Emma, baca artikel: Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Emma Maembong
Baca: Biodata Wan Raja, Pelakon Drama Berepisod Dendam Seorang Isteri, Suami Yaya Maembong
Baca: Biodata Dan Latar Belakang Shikin Maembong, Kakak Kepada Emma Maembong
Kredit video: [EPISOD PENUH] NUSYUZ BERKIBLAT CINTA | EPISOD 1 FULL
Sumber:
1. Emma Maembong sah isteri juruterbang
2. Lancar Loghat Ganu, Ibu Yaya, Chacha, Emma Maembong Berdarah Mat Salleh?
3. Emma Maembong Mahu Teruskan Legasi Bapa
4. Skil Melukis Chacha, Yaya, Emma Maembong Sehebat Ayoh Mereka?
5. Alvin Chong simpan rahsia Emma
6. “Tiada siapa boleh ganti tempat Emma dalam hati saya” - Alvin Chong
7. 5 Perkara Tentang Emma Maembong Yang Bakal Buat Anda Terkejut!