Plot Renyin adalah percubaan membunuh Maharaja Jiajing yang terkenal kerana sifat ganas dan sadisnya. Maharaja Jiajing merupakan pemerintah daripada Dinasti Ming yang memerintah China pada abad ke-16. Para pembunuh upahan itu hampir berjaya dalam misi mereka tetapi maharaja itu telah diselamatkan pada saat-saat akhir.
Siapa Maharaja Jiajing?
BESARKAN TEKS A- A+
Maharaja Zhengde, maharaja ke-10 Dinasti Ming (memerintah dari 1505-1521)
Sepanjang sejarah China, pembunuhan dan percubaan membunuh maharaja bukanlah sesuatu yang asing. Namun, kejadian yang melibatkan Maharaja Jiajing mungkin merupakan salah satu percubaan bunuh paling luar biasa.
Pada tahun 1521, Zhu Houcong telah menggantikan sepupunya iaitu Maharaja Zhengde yang tidak mempunyai pewaris. Zhu Houcong sebagai Maharaja ke-11 Dinasti Ming.
Zhu Houcong yang berusia 14 tahun ketika itu kemudian menggunakan nama diraja "Jiajing" yang bermaksud 'ketenangan yang mengagumkan', tetapi sifatnya bertentangan dengan nama pilihannya itu.
Maharaja Jiajing, maharaja ke-11 Dinasti Ming (memerintah dari 1521-1567)
Pada awal pemerintahannya, Maharaja Jiajing dilihat sebagai seorang pemerintah yang serius dan bercita-cita tinggi. Sebagai contoh, sifat ketegasannya dapat dilihat melalui konfliknya dengan pihak istana dalam usahanya memberikan gelaran imperial yang sesuai kepada orang tuanya (walaupun mereka tidak pernah berada dalam takhta China).
Walaupun perbuatan ini menunjukkan keinginan yang kuat serta ketegasan terhadap kebajikan keturunan keluarganya, ia juga mendedahkan sisi gelap maharaja itu. Pihak istana akhirnya bersetuju dan memberikan apa yang dituntut oleh maharaja itu pada tahun 1521.
Sisi gelap maharaja
Semasa pertelingkahan yang berlaku pada tahun berikutnya, pihak istana berjaya memaksa Maharaja Jiajing untuk menggantungkan gelaran dan status keluarganya. Namun, Maharaja Jiajing berjaya memulihkan semula status keluarganya pada tahun 1524.
Lukisan pada tahun 1538 mengenai Maharaja Jiajing
Ratusan pegawai istana telah membantah keputusan maharaja itu. Maharaja Jiajing telah mengarahkan sebahagian daripada pembangkang itu dipenjara di mana kebanyakan daripada mereka mati dipukul dalam tahanan. Sebahagian yang lain pula telah dilucutkan jawatan mereka.
Walaupun perbuatan kejam yang dilakukan Maharaja Jiajing terhadap pegawai istana itu mungkin dianggap ringan berbanding perbuatan beberapa maharaja China yang lain, tetapi ia hanyalah permulaan kepada banyak lagi perkara kejam yang bakal dilakukannya.
Namun, Maharaja Jiajing juga dikenali sebagai seorang yang bijak dan cekap. Pernah sekali dia sedang mogok dan tidak mahu menghadiri mana-mana perjumpaan atau perbincangan negeri, dia tetap tidak mengabaikan kertas kerja dan perihal lain kerajaannya.
Maharaja Jiajing juga berminat dalam ajaran Taoisme, terutamanya berkaitan ilmu alkimia Taoisme yang boleh membuatkan seseorang itu hidup abadi. Sesetengah orang berpendapat bahawa kekejaman dan keinginannya untuk hidup abadi adalah punca yang mencetuskan Plot Renyin.
Plot pada tahun Renyin
Plot Renyin yang berlaku pada tahun 1542 adalah rancangan yang melibatkan 16 gundik maharaja, di mana mereka cuba mengakhiri kehidupan Maharaja Jiajing. Nama plot ini diambil sempena Tahun Renyin yang merupakan tahun ke-39 dalam kitaran sexagenary yang digunakan di China dan Asia Timur.
Menurut beberapa sumber, pencarian maharaja untuk menjadikan hidupnya kekal abadi melibatkan pengumpulan darah haid anak dara. Ia digunakan untuk membuat bahan yang dinamakan "pucuk merah" untuk dimakannya.
Ramai gadis berusia antara 13 dan 14 tahun yang disimpan sebagai gundik oleh maharaja untuk penghasilan ramuan pelik itu. Untuk mengekalkan ketulenan ramuannya, para gadis itu hanya diberi daun mulberi dan air hujan sahaja sebagai makanan mereka.
Malah, para gadis itu sering diseksa dan dibiarkan berlapar. Jika mereka jatuh sakit, mereka akan dibuang dan dihalau. Para gundik ini juga sering dipukul dengan teruk sehinggalah mereka memenuhi segala keinginan seksual maharaja. Perasaan benci kepada maharaja ini telah menular di kalangan gundik-gundiknya itu.
16 orang gundik istana itu mula bertindak melakukan rancangan mereka pada malam di mana Maharaja Jiajing menghabiskan masanya di kamar Konsot Duan (juga dikenali sebagai Lady Cao) iaitu gunding kegemarannya.
Setelah memberikan layanannya, Lady Cao meninggalnya Maharaja Jiajing seorang diri. Ketika inilah gundik-gundil lain mengambil kesempatan untuk menyerangnya. Mereka masuk ke kamar itu kemudian menangkap dan memegang maharaja itu sementara salah seorang antara mereka cuba mencekiknya menggunakan pengikat rambut.
Apabila cubaan ini gagal, mereka menggunakan pula langsir sutera untuk melilit leher maharaja. Mungkin kerana ikatan yang salah, mereka gagal untuk membuatkan maharaja itu mati.
Perancangan gagal dan membawa padah
Maharani Fang
Salah seorang gundik (Ziang Jinlian) yang panik kemudian telah melaporkan percubaan bunuh yang mereka rancang kepada Maharani Fang. Ketika Maharaja Jiajing masih lagi tidak sedarkan diri, maharani telah mengambil keputusannya sendiri. Dia menjatuhkan hukuman terhadap gundik-gundik itu dengan mengarahkan mereka "dipotong perlahan-lahan".
Sejarah merekodkan setiap orang gundik-gundik yang terlibat dalam plot untuk membunuh Maharaja Jiajing. Berikut adalah mereka yang terlibat:
- Gundik diraja Ning - Dalang utama Plot Renyin
- Chen Juhua - Terlibat secara langsung dalam percubaan bunuh maharaja
- Deng Jinxiang - Merancang pembunuhan maharaja
- Guan Meixiu - Terlibat secara langsung dalam percubaan bunuh maharaja
- Huang Yulian - Merancang pembunuhan maharaja
- Liu Miaolian - Terlibat secara langsung dalam percubaan bunuh maharaja
- Su Zhouyao - Terlibat secara langsung dalam percubaan bunuh maharaja
- Wang Xiulan - Terlibat secara langsung dalam percubaan bunuh maharaja
- Xing Cuilian - Terlibat secara langsung dalam percubaan bunuh maharaja
- Xu Qiuhua - Merancang pembunuhan maharaja
- Yang Cuiying - Terlibat secara langsung dalam percubaan bunuh maharaja
- Yang Jinying - Terlibat secara langsung dalam percubaan bunuh maharaja
- Yang Yuxiang - Terlibat secara langsung dalam percubaan bunuh maharaja
- Yao Shucui - Terlibat secara langsung dalam percubaan bunuh maharaja
- Zhang Chunjing - Merancang pembunuhan maharaja
- Zhang Jinlian - Melaporkan rancangan mereka kepada Maharani Fang
Malah, keluarga mereka juga dihukum mati. Lady Cao yang tidak terlibat dalam rancangan itu juga dihukum mati. Ramai yang berpendapat kerana pembunuhan itu berlaku di biliknya, Maharani Fang mengambil kesempatan ini untuk menghapuskan Lady Cao yang merupakan pesaing terdekatnya dalam menjadi perhatian maharaja.
Maharaja Jiajing tidak sedarkan diri sehinggalah keesokan harinya. Berikutan percubaan bunuh yang berlaku pada dirinya, maharaja telah berpindah ke bahagian barat Kota Terlarang dan hidup secara lebih privasi dan terasing.
Kota Larangan
Maharaja Jiajing terus hidup dan memerintah untuk satu waktu yang lama (46 tahun, kedua paling lama dalam Dinasti Ming). Walaupun pemerintahannya yang panjang itu memberikan kestabilan kepada dinastinya, namun keengganan Maharaja Jiajing terhadap tugasan rasminya telah mengakibatkan berlakunya penurunan teruk dalam Dinasti Ming pada akhir kurun ke-16.
Maharaja Jiajing telah meninggal dunia pada tahun 1567 ketika berusia 59 tahun. Banyak spekulasi yang mendakwa maharaja itu mati disebabkan pengambilan merkuri bertoksik sepanjang hidupnya.
Salah satu gempa bumi paling membinasakan sepanjang masa berlaku sama era pemerintahan Maharaja Jiajing. Gempa Bumi Shaanxi yang berlaku pada tahun 1556 itu telah membunuh lebih daripada 800,000 orang. Watak Maharaja Jiajing juga dimuatkan dalam satu siri permainan video terkenal iaitu Assasin's Creed.
Rujukan.
1. WALFC
3. Nouah's Ark