Oleh pada 19 Jun 2017 kategori

Kredit foto: Sinar Harian 

Baru-baru ini, pengarah muzik Datuk Ramli MS melahirkan perasaan kurang senang dengan tindakan biadab produser program televisyen rancangan raya.

Tidak dapat dipastikan sama ada beliau bercakap secara spesifik atau am, namun dalam kenyataan yang dibuat menerusi akaun Facebooknya itu, dia tidak dapat menahan marah apabila ada produser yang berani memanggil golongan selebriti untuk menjayakan rancangan malam raya dengan harga bayaran hanya RM300.

Status tersebut menjadi tular dan mendapat perhatian para karyawan seni yang rata-ratanya bersetuju dengan pengakuan yang dibuat. 

ramli ms mengamuk dengan produser tv 2

Kredit foto: Facebook Ramli MS 

Dalam reaksi balas netizen pula, ramai yang terkejut dengan pendedahan angka bayaran tersebut. Namun dalam masa yang sama, ada juga peminat yang tertanya berapakah bayaran sebenar yang dikira wajar diterima golongan artis untuk menjayakan rancangan tv malam raya.  




Hakcipta iluminasi.com (2017)