Sumber foto: Instagram Ary Malik
Pelakon dan pengacara, Ary Malik kini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas dimasukkan ke Hospital Ampang akibat penyakit kanser ovari yang kini sudah berada pada tahap empat.
Menurut suami beliau, Shahrul Nizam Shaharuddin, Ary dimasukkan ke hospital itu pada 18 Februari lalu selepas keadannya semakin lemah namun dia mula tidak sedarkan diri sejak empat hari lalu.
Ary mengalami sakit-sakit kira-kira setahun lalu dan selepas menjalani pembedahan di Hospital Tunku Mizan (Wangsa Maju) pada Mei lalu, barulah kanser ini dikesan. Mulanya kami ingat ia ketumbuhan biasa
Tambahnya, berikutan itu sejak Jun tahun lalu Ary terpaksa menjalani kimoterapi namun terpaksa dibawa ke Hospital Ampang selepas keadaannya semakin kritikal. Selain itu, doktor turut mengesyaki Ary menghidap tumor yang dipercayai sudah merebak ke kepala.
Pemilik nama sebenar Nurita Maliha Aryanee Malik (46 tahun) cukup terkenal pada era 1990-an selain bergiat aktif sebagai pengacara televisyen. Antara penampilan beliau yang terbaru ialah sebagai salah seorang peserta akhir rancangan realiti, MasterChef Malaysia terbitan Astro pada tahun 2012.
Mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu, Nurh Zoe Iman Malik (19 tahun), Dinda Pelangi Timor Malik, (13 tahun), dan Ratu Chinta Mecca Malik (11 tahun).
Sumber berita: mStar Online