Metastasis adalah situasi dimana kanser telah merebak ke bahagian badan yang lain. Ia juga dikenali sebagai kanser tahap 4.
Metastasis berkembang apabila sel kanser terpisah daripada ketumbuhan utama dan memasuki saluran darah atau sistem limfatik.
Kedua-dua sistem ini membawa cecair ke seluruh bahagian badan.
Ini membolehkan sel kanses bergerak jauh daripada kawasan di mana terhasilnya ketumbuhan dan membentuk ketumbuhan baru di bahagian badan yang lain.
BESARKAN TEKS A- A+
Metastasis bergantung kepada beberapa faktor termasuk jenis kanser dan betapa agresif kanser tersebut. Ia juga bergantung kepada berapa lama anda menghidap kanser sebelum dirawat.
Metastasis pada tulang, otak, hati, kelenjar limfa dan paru-paru adalah sangat biasa. Sel-sel kanser juga boleh merebak ke lapisan sekitar paru-paru atau rongga perut.
Ini akan menyebabkan pengumpulan cecair yang berlebihan di kawasan tersebut. Malah, sel kanser juga boleh merebak ke bahagian kulit, otot dan organ-organ lain.
Doktor memberikan metastasis nama yang sama dengan kanser asal.
Sebagai contoh, kanser payudara yang merebak ke hati dirujuk sebagai kanser payudara metastatik dan bukannya kanser hati.
Sesetengah kanser cenderung untuk merebak ke bahagian-bahagian badan yang tertentu. Kanser payudara cenderung untuk merebak ke bahagian tulang, hati, paru-paru, dinding dada dan otak.
Kanser hati merebak ke otak, tulang, hati dan kelenjar adrenal. Kanser prostat pula merebak ke bahagian tulang.
Rawatan terhadap kanser juga bergantung kepada beberapa faktor iaitu:
- Kanser asal dan di mana ia bermula
- Sejauh mana ia telah merebak dan lokasinya
Biasanya doktor akan mencuba sejenis kemoterapi dan kemudiannya berubah kepada yang lain apabila rawatan pertama tidak lagi berkesan.
Atau anda mungkin akan menjalani kombinasi rawatan untuk mengeluarkan kanser tersebut seperi kemoterapi, radiasi dan/atau pembedahan.
Terdapat dua strategi utama apabila melibatkan rawatan. Pertama adalah "Systemic Therapy" dimana rawatan dilakukan dengan merawat seluruh badan melalui terapi dan ubatan.
Yang kedua adalah "Local Therapy", iaitu merawat bahagian kanser melalui pembedahan dan terapi radiasi.
Dalam beberapa kes, kanser boleh disembuhkan tetapi doktor menggunakan rawatan untuk memperlahankan pertumbuhan dan mengurangkan gejala-gejalanya.
Jika anda mempunyai beberapa jenis kanser, adalah tidak mustahil untuk hidup untuk beberapa bulan atau tahun walaupun selepas perkembangan penyakit metastatik.
Adalah tersangat penting untuk bertanyakan kepada doktor apakah matlamat kepada rawatan yang dijalankan kerana matlamatnya mungkin akan berubah-ubah bergantung kepada sama ada pesakit bertindakbalas terhadap rawatan.
Ia juga amat penting untuk mengetahui bahawa kesakitan, rasa mual dan kesan sampingan yang lain boleh diuruskan dengan bantuan doktor.
Rujukan: