Kredit foto: Instagram Nedim Nazri
Selesai sahaja majlis pernikahan Nedim Nazri dan Nora Danish pada minggu lalu, pelbagai isu mula dibangkitkan oleh netizen.
Antara yang menjadi bualan hangat adalah kehadiran Jejai (bekas suami Nora), aksi cium mulut pengantin, pakaian seksi Nora dan juga ketiadaan ayah Nedim, Y.B. Dato’ Seri Mohamad Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz Yeo semasa berlangsungnya majlis.
Menerusi salah sebuah kiriman di laman Instagram beliau, Nedim menjawab persoalan mengapa bapanya tidak muncul pada malam tersebut.
Menurut Nedim, ketika itu bapanya sedang berada di India bersama Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak atas urusan kerja.
Bagaimanapun bapanya sempat membuat panggilan telefon menyatakan rasa bangganya terhadap Nedim.
Walaupun foto ini (foto bergambar bersama keluarga di majlis nikah) kelihatan tidak lengkap tanpa kehadiran bapa saya yang ketika itu berada di India bersama Perdana Menteri Malaysia, namun saya berjanji akan mendengar nasihat anda (bapa). Terima kasih kerana menelefon dan menyatakan betapa bangganya anda kepada diri saya. Jumpa anda dalam 3 hari lagi. Kepada mama dan adik-beradik saya, anda banyak berkorban untuk saya dan sentiasa mendahulukan saya dalam segala hal. Saya berjanji akan terus menjadi anak/ adik/ abang terbaik kepada anda semua. Sayang anda semua.
Sumber: Instagram Nedim Nazri