Kredit foto: Instagram Akim Ahmad
Penyanyi Akim Ahmad memberitahu dia tidak muncul dalam program AF Megastar kerana kesibukan mempromosi lagu baru kumpulan Akim & The Majistret, Lagu Untuk Laila.
Jelas Akim, dia sudah lama mencari kelapangan untuk melakukan promosi lagu terbaru kumpulannya memandangkan sebelum ini tertangguh dek kerana bertindih dengan sebuah program lain.
Kredit foto: Instagram Akim Ahmad
Saya sekarang tengah fokus kepada Akim & The Majistret kerana kami masih menyiapkan lagu baharu dan lakukan promosi bersama-sama. Jika saya menyertai AF Megastar mungkin perkara itu akan menyukarkan untuk kami bergerak melakukan promosi. Sepatutnya kami telah lakukan promosi pada awal tahun namun terpaksa ditangguhkan kerana saya terikat dengan satu program selama dua bulan. Jadi sekarang merupakan masa yang sesuai untuk kami lakukan promosi dan saya berharap agar peminat dapat memberi sokongan kepada single terbaharu ini.
Sumber: Astro Gempak
Konsert Homecoming AF Megastar Minggu Kedua bakal membawa 12 lagi bekas pelajar Akademi Fantasia bertanding bagi merebut 12 kedudukan di peringkat seterusnya.
Keputusan pada dua konsert pertama akan diadili secara penuh oleh dua juri tetap, Datuk Ramli MS dan Syafinaz Selamat bersama seorang juri undangan setiap minggu.
AF Megastar bersiaran di saluran Astro Ria, jam 9 malam, setiap Ahad. Dihoskan oleh pengacara Datuk Aznil Nawawi.