Sumber foto: Mynewshub
Apabila ada nombor plat baru dan menarik, pasti ada yang tidak akan melepaskan peluang untuk membida. Setakat ini rekod nombor plat termahal dipegang oleh Sultan Johor dengan nilai pembelian RM836,660 bagi nombor plat ‘F1’. Manakala Yang di-Pertuan Agong Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V telah memenangi bidaan dua nombor plat iaitu RR6 dan RR9 dengan jumlah RM856,780. Nombor plat RU juga baru- baru ini telah mendapat sambutan yang menarik dari peminat tersendiri.
Nombor plat RU 1 berjaya dibida oleh seorang lelaki bernama Tan Lung Lai dengan bidaan RM427,777, berdasarkan kenyataan rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) Perlis yang dimuatkan dalam laman sosial Facebook Jabatan tersebut.
Manakala Sebuah syarikat New Station Trading Sdn. Bhd. memenangi bidaan nombor plat RU 9 dengan harga RM152,000.
Seterusnya RM148,500 untuk nombor plat RU 3 dibida oleh Restoran Jessy.
Tarikh tender nombor plat RU telah ditutup pada 13 November tahun lalu selepas dibuka pada 1 Januari 2017.
Sumber foto: Facebook.com/jpjperlis
Sumber Berita: Kosmo Online