Kredit foto: Instagram Astro Gempak
Program realiti terbaru, Big Stage bakal menyaksikan 10 penyanyi baharu berentap dalam persaingan merebut gelaran juara.
Pertandingan selama lapan minggu untuk musim pertama ini mempertaruhkan 10 peserta keseluruhannya, di mana lima daripadanya adalah penyanyi lelaki dan lima lagi penyanyi wanita.
Barisan penyanyi yang juga dikenali umum dengan jolokan gelaran 'Budak Baru Nak Up' (BBNU) itu terdiri daripada Afieq Shazwan, Andi Bernadee, Ariff Bahran, Syafiq Farhain, Tajul, Baby Shima, Fara Hezel, Sarah Suhairi, Sissy Iman dan Wani Kayrie.
Mereka bakal diadili dua juri tetap iaitu penyanyi berpengalaman, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir, termasuk seorang lagi juri jemputan setiap minggu.
Kredit foto: Instagram Astro Gempak
Program yang ditaja oleh Vivo dan ditrendkan oleh Tik Tok ini bakal dikemudikan pasangan hos, Alif Satar dan Sherry, manakala bakat baharu, Eyra Hazali dan Harris Anuar menggalas tanggungjawab sebagai pengacara Live Plus Big Stage.
Live Plus Big Stage akan ke udara menerusi platform digital secara serentak dengan konsert mingguan.
Disiarkan bermula 5 Ogos ini, setiap Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang www.bigstage.com.my.
Sumber berita: Astro Gempak