Oleh pada 27 May 2017 kategori

img 20170527 141214

Wanita merupakan seorang insan yang memiliki perwatakan yang manis dan hati yang lembut. Wanita amat berbeza berbanding dengan lelaki. Lelaki lebih bersikap tegas dan kuat, manakala kebanyakan wanita mudah untuk bermain dengan perasaannya. Sekuat mana pun seorang wanita, mereka pastinya mudah terasa dan berasa sedih kerana mereka mempunyai perasaan dan kasih yang lembut. Perkara inilah yang membuatkan mereka lebih sensitif berbanding lelaki. Perasaan dan emosi mereka mudah tergoncang dan ini menyebabkan mereka kerap mengalirkan air mata berbanding lelaki.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Jangan bercakap ketika dia sedang marah

marah

Wanita memiliki ego yang berbeza berbanding lelaki. Berikan dia sedikit ruang dan masa, tinggalkan dia bersendirian buat sementara waktu. Bercakap dengannya ketika dia berada dalam keadaan emosi dan marah tidak akan mendatangkan apa-apa hasil. Mereka tidak akan berkongsi masalah atau memberitahu apa-apa ketika berada dalam keadaan tersebut. Bagi pasangan suami isteri, peluklah wanita tersebut supaya dia berasa selesa sekaligus meredakan kemarahannya.

2. Sentiasa bersedia

bersedia

Seorang lelaki hendaklah sentiasa menunjukkan bahawa anda bersedia untuk membantu untuk menyelesaikan masalahnya. Katakan kepada wanita tersebut bahawa anda sedia untuk mendengar dan membantu secara baik dan lembut. Sediakan tisu dan berikan kepadanya supaya dia berasa selesa berada bersama anda.

3. Jangan cuba selesaikan masalah

Jangan terburu-buru untuk menyelesaikan masalah. Dalam keadaan tertenu, mereka lebih suka untuk berdiam dan bersendirian seketika. Mereka bukanlah mesin yang mengeluarkan bunyi bising yang perlu dibaiki dengan segera. Mereka adalah manusia dan mempunyai hati dan perasaan. Berikan mereka sedikit masa untuk bertenang.

4. Dengar dan sabar

sabar

Sekiranya dia telah mula bersuara, dengarlah dengan baik dan bersabarlah dengan karenahnya. Tunjukkan sifat empati anda terhadap dirinya dan cuba untuk memberikan pendapat yang baik agar dia berasa dihargai dan disayangi. Ia juga akan menimbulkan suasana yang tenang dan menunjukkan bahawa anda memahaminya.

5. Jangan ambil remeh

remeh

Jangan ambil remeh dan memperkeilkannya ketika dia sedang bersedih. Anda tidak patut sama sekali memarahinya supaya dia berhenti menangis. Anda hanya akan memburukkan keadaan jika anda meninggikan suara terhadapnya. Apa yang perlu anda lakukan adalah bercakap dengan nada yang lemah lembut kepadanya dan memujuknya dengan baik. Wanita mempunyai sifat kasih yang tinggi dan dia akan mudah untuk bertenang jika anda berlembut dengannya.

Sumber rujukan :

goodmenproject




Hakcipta iluminasi.com (2017)