Oleh pada 04 Oct 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Zizie Ezette & beritasemasa.net

Kerana terlalu sibuk dengan komitmen sebagai Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin terlupa di mana isterinya, aktres Zizie Ezette berada.

Malah Zizie telahpun berulang kali memberitahu Bung tentang kegiatan dan lokasinya. 

Melalui kiriman Instagram, Zizie mendedahkan perbualan Whatsapp memberi gambaran situasi yang berlaku sekaligus mengundang gelak tawa netizen.

Mereka menganggap pasangan suami isteri itu sebagai lucu dan romantik.

"Perbualan saya dengan suami yang paling sibuk, dia bukan pelupa tapi orang politik ni banyak benda yang dia nak fikir untuk rakyat jadi banyak benda lain yang dia lupa. Jangan lupa bini sudahlah sayang @bungmoktar," tulisnya.

suami lupa zizie ezette di jerman 2

Kredit foto: Instagram Zizie Ezette

Difahamkan, Zizie bersama anak angkatnya, Nayla Nurjenna yang berusia dua tahun sedang menikmati percutian di Jerman.

Aktres berusia 39 tahun itu mendirikan rumah tangga dengan Bung, 58, pada Disember 2009.

Sebelum ini, Zizie memaklumkan berita kehamilannya yang mana kandungan itu kini berusia enam bulan.

Sementara itu, kiriman Instagram tersebut mendapat perhatian netizen yang terhibur dengan perbualan mesej mereka.

Malah ada di kalangan peminat menggesa agar Zizie lebih terbuka dalam membicarakan kisah rumah tangga kepada umum.

Ini kerana ramai beranggapan kisah hubungan Zizie dan suaminya sangat manis dan mampu menjadi inspirasi kepada pasangan lain. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)