Sumber foto: freebiesland.my

Pada yang masih belum mendaftar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2018 masih boleh berpeluang untuk melakukannya. Ini kerana tarikh pendaftaran telah dilanjutkan sehingga 25 Januari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan tempoh lanjutan tersebut melalui Twitter di sini pada Khamis lalu.

Kepada yang masih belum, boleh daftar di ebr1m.hasil.gov.my atau cawangan LHDN berdekatan.

BR1M dengan kadar maksimum RM1,200 akan diagihkan kepada 7 juta penerima tahun ini.

RM6.8 bilion peruntukan BR1M telah memberi manfaat kepada kesemua penerimanya tahun lalu.

Sumber berita: BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)