Oleh pada 08 Mar 2017 kategori

Sejak semalam lagi media sosial  dihujani isu pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) memuat naik permohonan mereka gagal disebabkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Seorang netizen telah memuat naik statusnya selepas bertanya sendiri kepada pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkaitan isu terbabit.

isu br1m dan ssm 1

Melalui perkongsian Ayie Lantana di Facebook, dia menjelaskan pemohon yang berdaftar dengan SSM perlu menyediakan dokumen berkaitan sebelum membuat permohonan BR1M.

Menurutnya, pemberian BRIM oleh kerajaan adalah khusus untuk golongan pendapatan rendah. Namun, bagi mereka yang tidak berjaya masih boleh membuat rayuan di cawangan LHDN bermula 3 April hingga 31 Mei ini.

Ada peniaga yang kaya raya dapat BRIM hanya kerana mereka tidak membuat potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan tidak membayar cukai, kerajaan tidak dapat kesan pendapatan mereka dan masih terima BRIM.

Pemilik SSM yg berniaga kecil-kecilan boleh buat rayuan dengan kemukan dokumen berkaitan bermula tarikh seperti diatas.

Tambahnya, salah satu masalah yang turut menyumbang kepada kegagalan permohonan BR1M iaitu mengemukan sijil pengesahan perkahwinan.

Ada kes pasangan sudah bercerai tapi suami masih dpt BRIM RM 1050, sepatutnya dapat RM450 sahaja, ini mengakibatkan bekas isteri gagal dpt BRIM kerana tidak kemas kini dalam sistem (ini pembelaan kepada hak wanita).

Ujarnya, pelajar yang pernah mendapat baucer buku (RM250) sebelum ini perlu meyediakan dokumen tamat belajar untuk memastikan mereka layak mendapat BR1M kategori bujang (RM450).

Selain itu, nama pemohon tersenarai dalam tanggungan pemohon lain juga merupakan antara masalah lain yang dikenal pasti.

Yang ni semak sendiri, kalau ayah kita dapat, pastikan dalam permohonan itu, nama kita tiada dalam tanggungan jika bekerja sendiri.

Dokumen-dokumen yang berkaitan akan dimaklumkan oleh LHDN selepas mendapat taklimat dari MOF, dan apabila sudah jelas nanti, LHDN akan maklum untuk kemudahan pemohon.

isu br1m dan ssm 2

Sementara itu, seorang pentadbir BR1M, Mohd Syahbuddin Hashim menerusi laman Facebooknya turut menjelaskan isu terbabit.

Menurutnya lagi, pemohon yang ada rekod SSM tetapi tidak pernah melakukan pengisytiharan pendapatannya akan ditolak berikutan LHDN tidak mempunyai rekod pendapatan mereka.

Ketiadaan rekod ni mungkin disebabkan pemilik SSM tidak pernah buat fail cukai dan kita diarahkan untuk mengelakkan sebarang ketirisan bantuan kepada pihak tidak berkelayakan.

LHDN mengambil langkah berhati-hati dengan menolak dahulu permohonan, namun masih memberi ruang untuk merayu kelulusan pada tarikh rayuan nanti.

Sumber berita: Mynewshubbulletinmedia.blogspot.com




Hakcipta iluminasi.com (2017)