Oleh pada 25 May 2018 kategori

Kredit foto: Facebook Polis Diraja Malaysia

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh mengesahkan terdapat sejumlah wang bernilai RM114 juta dalam hanya 35 daripada 72 buah beg yang dirampas dari sebuah kediaman di Pavilion Residences, Jumaat lalu berkaitan siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Datuk Seri Amar Singh yang ditemui dalam sebuah sidang media hari ini berkata, baki 37 lagi beg pula berisi pelbagai barangan mewah seperti barang kemas dan jam tangan berjenama. Namun, nilai anggaran barangan tersebut masih tidak diketahui sehingga kini.

Sementara itu, majoriti beg tangan yang dirampas adalah berjenama Hermes. Gambar barangan mewah itu akan dihantar kepada pakar luar negara termasuk di Paris bagi tujuan pengesahan.

Tambahnya, foto tular di media sosial yang didakwa merupakan wang dan barang rampasan hasil penggeledahan berkenaan adalah palsu. Ini kerana hanya jurufoto bertauliah Bukit Aman diberi keizinan untuk berada di lokasi terbabit.

Beliau turut menafikan nilai rampasan terdiri daripada wang dan barang kemas seperti yang didedahkan terdahulu oleh media. Kesemua wang tunai yang dirampas telah dibawa ke Bank Negara.

Sumber:

1. Facebook Bernama [1, 2, 3, 4, 5, 6, 7]

2. Facebook BNBBC

3. Instagram Bernama Radio

4. Twitter Bernama

5. Facebook Front Desk

6. Facebook Free Malaysia Today [1, 2]

Penafian: Semua maklumat berita adalah hak milik sumber yang dinyatakan. Kami hanya berkongsi sebahagian kandungan yang dikemaskini menerusi media sosial sumber berkenaan. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)