Dalam kebanyakan budaya, kentut secara terbuka di hadapan orang ramai dianggap satu perkara yang menjelikkan. Tapi berlainan pula halnya dengan seorang lelaki yang mendapat gelaran "Mr Methane" kerana kepakarannya untuk kentut dan menjadikan bakat tersebut sebagai satu bentuk hiburan.
Bagi yang tidak tahu methane (atau metana dalam Bahasa Melayu) adalah sejenis gas yang dikeluarkan apabila kita kentut. Selain gas metana, angin kentut yang dikeluarkan juga mengandungi komposisi gas lain seperti nitrogen, karbon dioksida hidrogen sulfida dan ammonia.
BESARKAN TEKS A- A+
Berbalik kepada gelaran "Mr Methane", gelaran tersebut diberikan kepada seorang lelaki bernama Paul Oldfield kerana kepakarannya menghasilkan kentut. Kebiasaannya kentut terhasil secara semulajadi namun berlainan dengan lelaki ini yang mampu mengawal tubuhnya untuk menghasilkan kentut bila-bila masa.
Penemuan bakat yang tidak disangka-sangka
Kerana keunikan yang dimiliknya ini, dia berjaya menjadikannya sebagai kerjaya sebagai seorang penghibur. Secara umumnya, gas kentut terhasil secara semulajadi setelah makanan dan minuman diproses oleh tubuh kita di bahagian usus.
Namun, Mr Methane menemui bakatnya yang luar biasa untuk kentut sejak masa remajanya dan akhirnya berjaya menggunakannya sebagai cara untuk menjadikannya sebagai satu kerjaya untuk mengembara ke seluruh dunia dan mempamerkan kemampuannya yang agak unik ini.
Penghibur kelahiran kelahiran Macclesfield ini kini memegang rekod jumlah kentut paling banyakn dikeluarkan dalam satu minit tetapi juga terkenal dengan persembahan lagu-lagu popular dengan kentut dan pelbagai bentuk hiburan lain berasaskan bunyi kentut.
Paul Oldfield menemui bakat uniknya ini semasa remaja ketika melakukan latihan yoga bersama adiknya. Semasa mencuba melakukan posisi yang dikenali sebagai "lotus" dia menyedari bahawa dia dapat menyedut dan menghembus nafas melalui kedua-dua hujung tubuhnya.
Kerjaya sebagai penghibur
Teruja dengan bakatnya yang baru ditemui, keesokan harinya Paul Oldfield melepaskan dua puluh kentut secara berturut-turut dengan pantas dalam masa masa satu minit untuk sekumpulan rakannya.
Tetapi Paul Oldfield pada awalnya tidaklah merancang menjadikan Mr. Methane sebagai kerjayanya sehingga beberapa tahun kemudian dalam hidupnya. Dia pada awalnya dilatih untuk menjadi konduktor kereta api dan kadang-kadang menghiburkan rakan-rakannya dengan kemahiran kentutnya itu.
Namun, Paul Oldfield akhirnya memutuskan ada banyak perkara yang lebih menarik untuk dilakukannya dalam hidup daripada bangun pada jam 3 pagi untuk memandu kereta api dan dia akhirnya mengambil keputusan untuk memanfaatkan bakat uniknya menghasilkan kentut untuk masuk ke dunia hiburan.
Pada akhir 1980-an, Mr Methane mulai tampil melakukan persembahan pembukaan untuk sebuah kumpulan muzik tempatan sebelum kemudiannya pergi ke New York di mana dia mendapat banyak tawaran melakukan persembahan dengan bakatnya itu dalam pelbagai rancangan televisyen antaranya bersama hos rancngan seperti Howard Stern.
Mr Methane juga telah menghasilkan parodi muzik dari lagu-lagu terkenal, termasuk "In The Air Tonight" Phil Collins dan telah tampil di acara seperti Britain's Got Talent dan Das Supertalent dari Jerman.
Pemegang rekod dunia
Pada tahun 2018, Mr Methane menghubungi Guinness Records dan meminta agar percubaannya melepaskan kentut terbanyak dalam satu minit dapat diiktiraf sebagai sebuah rekod dunia. Dia meletakkan sasaran 50 tetapi dilaporkan berjaya melakukan 86 kentut.
Ini bukan percubaan pertamanya untuk mendapatkan namanya tercatat ke dalam buku rekod paling terkenal di dunia. Dia juga pernah menghubungi mereka pada tahun 1990 tetapi permintaan tersebut ditolak kerana rekod seperti itu bukanlah sesuatu yang ingin dikaitkan dengan jenama Guinness.
Dr Peter Whorwell, pakar usus terkenal dari Hospital Withington di Manchester berkata, dengan menaikkan diafragmanya Mr Methane dapat menyedut udara ke usus besar melalui sfinkter terbuka, kemudian menutup sfinkter sebelum melepaskan kembali udara tersebut.
Dengan menggerakkan bahagian pipi pungggungya, Mr Methane telah belajar mengubah nada dan bunyi kentutnya yang memungkinkannya untuk menghasilkan pelbagai jenis muzik daripada kentutnya.
Kisah Mr. Methane serupa dengan kisah Le Pétomane (secara harfiahnya bermaksud maniak kentut), seorang penghibur Perancis abad ke-19 yang mengetahui bahawa dia dapat menyedut udara melalui sfinkternya ketika berenang dan kemudian menggunakan kemampuan ini untuk membina karier untuk dirinya sendiri di Paris.
Kredit: