Oleh pada 19 Jan 2018 kategori

Sumber foto: Tonton.com.my

Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) memperkenalkan pendekatan baru bagi tahun 2018 yang melibatkan dua rangkaian televisyen miliknya iaitu ntv7 dan 8TV.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MPTN, Johan Ishak, penjenamaan semula saluran ntv7 itu bakal melihat siaran rancangan yang lebih ditujukan kepada penonton berbangsa Melayu.

Sementara itu, 8TV akan menyaksikan transformasi dari segi pengisian programnya.

“Saluran berkenaan yang popular itu akan lebih menyiarkan program untuk penonton Melayu moden menerusi barisan kandungan baharu.

“€Perubahan itu juga akan memberi kesan kepada saluran 8TV yang kini akan menyiarkan lebih banyak kandungan bahasa Cina,” jelasnya ketika Pembentangan Kandungan Baharu MPTN yang diadakan petang semalam.

Menurutnya lagi, bermula 5 Mac ini, ntv7 akan menjalani perubahan sebagai sebuah saluran hiburan tempatan yang serba baru, dengan menampilkan barisan artis terkenal bagi memuaskan citarasa penonton. 

Manakala TV3 selaku saluran paling digemari ramai setakat ini, bakal maju setapak dengan perkembangan teknologi menerusi program televisyen bagi memberikan peluang integrasi yang bertambah baik.

Sumber berita: Harian Metro




Hakcipta iluminasi.com (2017)