Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia
Program realiti nyanyian, Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) kini mewarnai layar kaca secara langsung dari Studio TV3 di Glenmarie, Shah Alam. Bermula 22 Disember 2024, rancangan ini menjanjikan persaingan sengit antara bakat-bakat luar biasa yang bertanding untuk merebut gelaran juara.
Dikendalikan oleh duo pengacara, Haniff Hamzah dan Fiza Frizzy, program ini turut boleh disaksikan secara dalam talian di platform Tonton.
Daripada 20 peserta awal, hanya 14 yang berjaya mara selepas saringan minggu pertama, menyaksikan tersingkirnya Yusriansyah, BFORE3, BOISOVER, Iqmal Romi, Esther dan Jill Gaisah. Kini, perjuangan diteruskan oleh barisan 14 peserta hebat: Jimi, Rezza Shah, Dayangku Iffah, Hafiz Zainal, Aniq Iffat, Dhania, Zazzleen, Eylia Guntabid, Mariam, Kai Deva, Alya Mardien, Erfarina, Trio XL dan Marygrace.
Kualiti persembahan mereka akan dinilai oleh tiga juri tetap berwibawa – Datuk Yusry Abdul Halim, Ziana Zain dan bintang dari Indonesia, Cakra Khan. Namun, penilaian mereka hanya menyumbang 60 peratus daripada markah keseluruhan, manakala selebihnya, 40 peratus, bergantung kepada undian anda sebagai penonton.
Jika anda ingin melihat peserta kegemaran anda bertahan hingga ke peringkat akhir dan meraih gelaran juara, jangan lupa untuk menghantar undian bermula episod kedua sehingga episod kelapan. Sertai perjalanan epik ini dan jadilah sebahagian daripada momen bersejarah mereka.
Berikut adalah langkah-langkah untuk mengundi:
Kredit foto: Instagram Calpis Soda One In A Million
Cara Mengundi
LANGKAH-LANGKAH UNDIAN SECARA PERCUMA
1. Layari laman OIAM di tonton.com.my/calpissodaOIAMTV3 dan pergi ke menu UNDIAN.
2. Pilih UNDIAN dan klik butang untuk mengundi.
3. Jika anda sudah mempunyai akaun Tonton, log masuk seperti biasa. Bagi pengguna baru, lakukan proses pendaftaran terlebih dahulu.
4. Pilih peserta kegemaran anda, klik butang undi dan hantarkan undian.
5. Perlu diingat, setiap akaun hanya diberikan 10 undian percuma setiap minggu.
6. Selepas seminggu, anda boleh kembali mengundi dengan 10 undian baru untuk terus menyokong peserta pilihan hingga ke peringkat akhir.
LANGKAH-LANGKAH UNTUK UNDIAN TAMBAHAN DENGAN CALPIS SODA
Untuk anda yang ingin memberikan sokongan lebih besar kepada peserta Calpis Soda One In A Million, inilah cara untuk mendapatkan 50 mata undian tambahan dengan mudah:
1. Layari Calpis Soda Shopee Store dan pilih produk Calpis Soda kegemaran anda untuk dibeli.
2. Selepas pesanan anda selesai, kod baucar akan dihantar menerusi pemberitahuan di aplikasi Shopee.
3. Kemudian, kunjungi laman web tonton.com.my/calpissodaOIAMTV3 dan pergi ke menu UNDIAN.
4. Masukkan maklumat peribadi anda bersama kod baucar Shopee yang diterima untuk mendapatkan tambahan 50 mata undian.
5. Undi calon pilihan anda dan hantarkan undian semasa siaran langsung rancangan.
6. Anda boleh meneruskan undian tambahan bagi minggu seterusnya dengan mengulangi langkah-langkah di atas bersama pembelian baru produk Calpis Soda.
LANGKAH-LANGKAH UNTUK UNDIAN TAMBAHAN DENGAN YES
Jika anda pelanggan Yes, peluang untuk memberikan sokongan tambahan kepada peserta kegemaran anda di Calpis Soda One In A Million kini di hujung jari. Ikuti langkah mudah berikut untuk menambah 10 mata undian setiap minggu:
1. Setiap minggu, kod unik akan dihantar kepada anda menerusi notifikasi aplikasi Yes.
2. Seterusnya, layari laman tonton.com.my/calpissodaOIAMTV3 dan pergi ke menu UNDIAN.
3. Masukkan maklumat peribadi anda bersama kod unik yang diterima untuk mendapatkan 10 mata undian tambahan.
4. Undi calon pilihan dan hantar undian semasa siaran langsung rancangan disiarkan.
5. Untuk minggu-minggu berikutnya, anda hanya perlu ulangi langkah-langkah di atas dengan memasukkan kod unik baru yang dihantar menerusi notifikasi aplikasi Yes.
Kredit foto: Instagram Calpis Soda One In A Million
Peraduan Menang Peugeot Setiap Minggu
Selain menyokong peserta kegemaran, Calpis Soda One In A Million turut menawarkan peluang keemasan untuk memenangi hadiah hebat! Bayangkan, sebuah Peugeot Landtrek menanti setiap minggu dari episod pertama hingga episod ketujuh, menjadikan keseluruhan tujuh unit Peugeot Landtrek sebagai ganjaran mingguan!
Inilah langkah-langkah mudah untuk menyertai peraduan ini:
1. Ketika rancangan siaran langsung, nantikan paparan kod QR di skrin TV.
2. Imbas kod QR tersebut menggunakan telefon pintar anda.
3. Isikan butiran lengkap anda di laman web berkenaan.
4. Seterusnya, jawab soalan yang diberikan dengan tepat.
5. Pemenang akan dipilih berdasarkan bilangan jawapan yang betul dan penghantaran paling pantas.
6. Semua penyertaan adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan.
7. Keputusan pemenang akan diumumkan setiap hari Selasa menerusi media sosial rasmi Calpis Soda One In A Million di Instagram (IG) dan Facebook (FB).
Baca: Gegar Vaganza 2024 (GV11): Peserta, Juri, Format Penjurian, Hadiah Pemenang, Tiket Dan Segala Info
Setiap malam Ahad, pukul 9, dunia hiburan dimeriahkan dengan Calpis Soda One In A Million, disiarkan secara langsung di saluran TV3. Untuk menikmati pengalaman ini secara digital, rancangan juga boleh distrim menerusi platform Tonton.
Layari laman web rasmi di www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.
Jadual Tayangan
Minggu 1 - 22 Disember 2024
Minggu 2 - 29 Disember 2024
Minggu 3 - 5 Januari 2025
Minggu 4 - 12 Januari 2025
Minggu 5 - 19 Januari 2025
Minggu 6 - 26 Januari 2025
Minggu 7 - 2 Februari 2025
Minggu 8 - 9 Februari 2025
Bekas Juara
Musim 1 - Suki Low
Musim 2 - Ayu Damit
Musim 3 - Tomok
Tajuk program? Calpis Soda One In A Million
Bila dan tayang hari apa? Mulai 22 Disember 2024, setiap hari Ahad
Pukul berapa? Jam 9 malam
Tonton di mana? Live di saluran TV3 dan platform streaming online, aplikasi Tonton
Kredit video: [HIGHLIGHT] Mulanya Di Sini - Peserta Calpis Soda OIAM | #CalpisSodaOIAMTV3 | Tonton