Sebenarnya ada di antara kita yang pernah menonton filem atau kartun berkenaan dengan gas ketawa. Jika watak tersebut menyedut gas ketawa maka dia akan ketawa terbahak-bahak. Tetapi, adakah anda percaya bahawa gas ketawa itu wujud?
Ya, sememangnya gas ketawa itu wujud. Gas ketawa dikenali secara saintifik sebagai nitrous oksida. Ia adalah gas yang tidak berwarna dan juga bau ini sering digunakan sebagai ubat penenang. Gas ketawa ini bercampur dengan oksigen dan udaranya dihirup melalui topeng khas.
BESARKAN TEKS A- A+
Anda akan mendapat kesan yang pantas jika menghirup gas ketawa Jika menghirup gas nitrous oksida dalam tempoh satu minit atau lebih pasti diri anda akan mula berasa riang yang menjadikan diri anda tenang, selesa dan bahagia. Sesetengah orang mungkin berasa ianya adalah ketawa dan disebabkan itu ia dikenali sebagai gas ketawa.
Gas ketawa tidak membuatkan diri anda hilang kesedaran atau tidur tetapi anda akan berada dalam keadaan sedar. Sekiranya anda diberi gas ketawa oleh doktor gigi untuk di klinik, anda pasti akan sedar tentang apa yang sedang berlaku di sekeliling anda.
Anda juga akan boleh mendengar dan menjawab persoalan tanpa sebarang masalah. Cuma bagi sesetengah orang atau pesakit, mereka akan merasakan kesan terhadap fizikal seperti dihurung semut di tangan dan kaki mereka. Ada juga yang mungkin merasa badannya lebih berat daripada biasa.
Selain berasa santai, anda tidak perlu bimbang tentang prosedur pergigian yang dijalankan kerana anda tidak akan berasa sakit. Gas ketawa mematikan deria tetapi ianya tidak seperti sedatif lain yang kuat. Kesan penggunaan gas ketawa juga akan hilang dengan cepat . Anda akan berasa normal semula dalam masa beberapa minit sebaik sahaja penyedut dikeluarkan. Kesan sampingan sangat jarang berlaku tetapi anda juga yang mengalami loya dan keletihan.
Gas ketawa telah ditemui oleh seorang ahli kimia iaitu Joseph Priestley pada tahun 1771. Ia sebenarnya tidak banyak digunakan untuk tujuan perubatan hingga akhir abad ke 19 dan awal abad ke 20. Namun ia banyak digunakan sejak akhir abad ke 20. Di samping di klinik pergigian, sesetengah hospital juga menggunakan gas ketawa untuk tujuan perubatan.
Ia semakin popular digunakan terhadap wanita yang melahirkan anak. Daripada menggunakan sedative atau anesthesia yang lebih kuat maka gas ketawa pula menawarkan pengalaman melahirkan anak yang lebih bersifat alami.
Wanita yang menggunakan gas ketawa untuk tujuan beranak melaporkan bahawa ia membantu mereka berehat dan membuat diri mereka berasa tenang. Mereka masih boleh merasakan kesakitan melahirkan anak tetapi kesakitan tersebut agak kurang dan mereka tetap merasa tenang sepanjang kelahiran.
Walaupun penggunaan gas ketawa oleh kaum wanita yang melahirkan anak semakin meningkat di Amerika Syarikat maka ia mula menjadi amalan popular di tempat seperti Finland, Canada, Australia dan Great Britain.
Dikhabarkan bahawa terdapat sebanyak separuh atau lebih wanita menggunakan gas ketawa ketika melahirkan anak. Bagaimana pula penggunaan gas ketawa ini dalam sektor perubatan di Malaysia?