Oleh pada 15 Sep 2017 kategori

Star Wars : The Last Jedi akan mula ditayangkan genap 3 bulan dari sekarang, pada 15 Disember 2017. Bahangnya mula dirasai dengan penayangan teaser dan trailer yang mampu membuatkan peminat-peminat Star Wars, khasnya yang berada di Malaysia tidak senang duduk menantikan tayangannya.

Namun ada satu isu yang perlu kita perbincangkan dan perhalusi sebelum filem ini ditayangkan - isu LGBT yang semakin kerap dimainkan sebagai elemen promosi filem tersebut.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kontroversi Beauty and the Beast

maxresdefault 427

Kita semua sudah sedia maklum bagaimana besarnya kontroversi yang melanda negara kita apabila kerajaan mengambil langkah drastik dengan mengharamkan (yang kemudian ditarik balik) penayangan filem Beauty and The Beast.

Wujud juga kontroversi kecil sebelum tayangan filem Power Rangers tempoh hari yang memaparkan watak wanita yang menyedari dirinya tertarik dengan wanita lain.

Perlbagai perbincangan dan pandangan dikongsikan sama ada dengan baik atau buruk ketika kedua-dua isu itu sedang hangat, namun akhirnya kuasa penonton menang selepas kedua-dua filem itu dibenarkan untuk tayangan.

Cinta Poe dan Finn

tumblr nzs10dfyau1roa5h7o1 1280

Di barat, peminat-peminat siri Star Wars sudah ramai yang teruja hendak menyaksikan sendiri kisah cinta yang berlaku di antara dua watak utama lelaki dalam Star Wars The Last Jedi. Khabar angin yang pada awalnya bermula sebagai desas desus akhirnya disahkan oleh pihak pelakon dan produksi sendiri yang mana dua watak utamanya, juruterbang terbaik untuk Rebel Alliance dan Finn, bekas askar Stormtrooper yang mendapat peluang kedua.

Pengarah Lucasfilm, Kathleen Kennedy akhirnya mengesahkan kemungkinan tersebut boleh berlaku jika peminat betul-betul mahukannya dan industri hiburan Hollywood meletup sehingga mengakibatkan lambakan kisah fiksyen fantasi serta illustrasi bertemakan LGBT memenuhi banyak dinding media sosial peminat Star Wars.

Ditambah lagi dengan kenyataan pengarah filem Star Wars Episode 7 sendiri iaitu JJ. Abrams yang menyatakan "Star Wars adalah satu dunia yang sepatutnya tidak terbatas. Jika tidak wujud watak yang homoseksual dalam dunia ini, itu adalah satu pemikiran yang cukup sempit" ketika ditanyakan tentang permintaan peminat yang mahukan cinta Poe dan Finn menjadi realiti.

Risiko penerimaan masyarakat dunia

munich traffic lights

Setakat ini berdasarkan apa yang dimaklumkan oleh pihak Disney, mereka tidak lagi mengesahkan adakah benar dakwaan yang disebutkan, kerana berdasarkan kajian permintaan mereka, bukan semua masyarakat dunia mahu watak utama Star Wars dijadikan LGBT.

Apatah lagi dengan pengaruh pasaran China sebagai pasaran terbesar filem dunia, yang tidak membenarkan penayangan sebarang bentuk elemen homoseksual dalam filem. akan memberikan risiko besar kepada Disney untuk membenarkan watak utama Star Wars dijadikan homoseksual.

Penerimaan masyarakat Malaysia

pic 201112 18

Di Malaysia pula, apabila berlaku masalah penambahan elemen LGBT dalam media seperti filem, perkara itu dilihat mampu memecah belahkan masyarakat, apatah lagi dengan wujudnya media sosial di mana seseorang boleh menyatakan pandangan secara terus.

Ketika kontroversi Beauty and The Beast tempohari, dapat dilihat wujudnya jurang yang besar antara mereka yang dapat menerima dengan mereka yang menolak sepenuhnya elemen-elemen songsang seperti itu dalam filem. Itu hanyalah untuk filem bertaraf sedemikian.

Kita berbicara tentang Star Wars; salah satu siri filem paling ramai peminat di seluruh dunia yang menjadi kegilaan, agama, anutan, kepercayaan dan ikutan ramai orang di luar sana. Sudah pastilah impaknya kepada masyarakat kita akan lebih besar jika kerajaan kita terpaksa mengambil langkah mengharamkan tayangan filem tersebut jika Disney mengambil langkah berani menjadikan Poe dan Finn satu pasangan kekasih.

Apa reaksi anda?

finnpoe noellestevenson

Jika difikirkan, agak sukar untuk menilik apa yang bakal berlaku jika pertembungan ini benar-benar berlaku 3 bulan lagi. Kepada yang mindanya mampu menerima elemen-elemen songsang ini pasti akan mengamuk sakan jika dihalang menontonnya di pawagam. Pada mereka yang benar anti elemen LGBT ini pasti akan mempersoalkan kenapa penayangannya diteruskan, jika dibenarkan.

Satu Amaran Awal

5 majors signs star wars new hero poe dameron is gay

Kenapa artikel ini ditulis? Artikel ini ditulis sebagai satu amaran awal kepada anda semua yang salah satu pop culture dunia paling popular berkemungkinan besar akan menyebabkan perpecahan masyarakat kita dan semuanya berkait dengan elemen LGBT.

Sukar untuk dipercayai bagaimana gerakan LGBT yang dipandang negatif selama ini, sudah berjaya menyusup dan membentuk pop culture bertaraf Star Wars, untuk mempopularkan pergerakan mereka.

Jika ini benar berlaku dan kerajaan kita melarang penayangannya, apa pula reaksi anda? Bagaimana pula persepsi anda, jika kerajaan kita membenarkan penayangannya tanpa sebarang suntingan dikenakan?

Adakah masyarakat kita cukup matang dalam menangani isu elemen LGBT ini atau akhirnya kelak, kita yang akan bersengketa kerana ramai yang mahu lihat Poe dan Finn bercinta suka sama suka?




Hakcipta iluminasi.com (2017)