Setiap tahun, jumlah kematian jalan raya melibatkan pemandu mabuk semakin meningkat.
Apa yang lebih teruk adalah kematian tersebut bukan sahaja melibatkan pemandu mabuk tetapi pengguna jalan raya yang lain.
Ini merupakan satu kebimbangan kesihatan awam utama di seluruh dunia dan Malaysia tidak terkecuali.
Walaupun sesetengah negara mempunyai undang-undang yang ketat untuk memeriksa pemanduan di bawah pengaruh (DUI) dan kemalangan yang berkaitan dengannya, terdapat negara-negara tertentu yang mempunyai undang-undang yang hampir tidak mencukupi untuk mengelakkannya, yang membolehkan pemandu tak bertanggungjawab terlepas begitu sahaja.
BESARKAN TEKS A- A+
Oleh sebab itu, ramai yang menyarankan agar kerajaan Malaysia agar mengenakan hukuman yang lebih berat kepada mereka yang memandu dalam keadaan mabuk, terutamanya yang melibatkan kematian.
Ini sangat penting untuk mengelakkan kes-kes lebih buruk pada masa hadapan.
iluminasi.com kongsikan negara-negara dengan hukuman memandu secara mabuk yang sangat keras.
Asia
Rantau ini mempunyai undang-undang yang paling ketat melibatkan memandu di bawah pengaruh alkohol.
Malah, di negara-negara seperti Pakistan, minum alkohol sahaja sudah dikira sebagai jenayah besar, apalagi memandu kenderaan selepas meminum minuman keras.
Di negara-negara Islam, mereka yang didapati meminum minuman keras akan dipenjarakan.
Kebanyakan negara di Asia mempunyai had kandungan alkohol darah (BAC) 0.5% atau kurang untuk memandu.
Hanya beberapa negara membenarkan sehingga 0.8% BAC. Ini bermakna seseorang boleh meminum tidak lebih daripada satu minuman beralkohol sebelum memandu di kebanyakan negara di Asia.
Hukuman adalah berbeza-berbeza mengikut negara, tetapi kebanyakan mengikuti model umum seperti denda, penggantungan lesen dan penjara.
Undang-undang Singapura mengatakan bahawa pemandu mabuk kali pertama berhadapan dengan denda sehingga RM20,000 atau penjara selama 6 bulan.
Untuk pesalah berulang, denda dan tempoh penjara boleh ditingkatkan sehingga 500%.
Taiwan pula kini berada di fasa terakhir untuk meningkatkan hukuman maksimum bagi kesalahan memandu dalam keadaan mabuk yang menyebabkan kematian, termasuklah hukuman mati bagi kes yang teruk.
Kabinet Taiwan telah meluluskan draf pindaan kepada Kanun Jenayah yang mengkategorikan perlakuan yang menyebabkan kematian akibat memandu dalam keadaan sebagai satu kesalahan pembunuhan yang boleh diduga, yang berpotensi dihukum oleh hukuman mati perbuatan itu dianggap "sengaja".
Cadangan itu memerlukan kelulusan parlimen dan setakat ini, hukuman paling berat di Taiwan bagi pemandu mabuk yang menyebabkan kematian adalah penjara 10 tahun.
Hukuman penjara sedia ada juga akan ditingkatkan bagi pesalah berulang kepada 5 tahun yang melakukan kesalahan baru dalam tempoh 5 tahun selepas sabitan pertama.
Mereka berhadapan dengan penjara sepanjang hayat untuk kematian dan 12 tahun penjara jika menyebabkan kecederaan serius.
Eropah
Pengambilan alkohol di Eropah agak tinggi berbanding dengan kebanyakan benua lain. Di benua ini, minum alkohol untuk tujuan sosial adalah sesuatu yang normal.
Tetapi undang-undang DUI agak lemah di Eropah dan pesalah tidak menerima hukuman paling berat atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol.
Namun, orang ramai agak tidak menyukai DUI dan biasanya berhati-hati mengenainya.
Walau bagaimanapun, had alkohol berbeza di negara-negara di benua Eropah. Sebagai contoh, Romania, Republik Czech, Hungary dan Slovakia tidak bertoleransi terhadap memandu dengan pengaruh alkohol manakala Ireland membenarkan 0.8% BAC.
Satu pengecualian terhadap undang-undang DUI yang santai di benua ini adalah di Bulgaria, di mana kesalahan kedua memandu di bawah pengaruh alkohol boleh dikenakan hukuman mati.
Walaupun kelonggaran dalam undang-undang DUI, kebanyakan orang di Eropah tahu had mereka dan tidak bertindak dengan tidak bertanggungjawab dengan memandu di bawah pengaruh alkohol.
Di Perancis, memandu dalam keadaan mabuk boleh dihukum dengan hukuman denda RM4,000, dipenjarakan selama setahun dan digantung lesen selama tiga tahun.
Finland dan Sweden secara automatik menjatuhkan hukuman penjara setahun termasuk kerja buruh yang keras.
Di Norway pula, pemandu mabuk dipenjara selama tiga minggu dengan kerja buruh keras dan kehilangan lesen mereka selama setahun. Sekiranya mengulangi kesalahan, lesen ditarik selama-lamanya.
Rusia pula adalah lebih mudah di mana pesalah ditarik lesen buat selama-lamanya.
Turki mengambil pendekatan yang agak kreatif ke atas pesalah jalan raya melibatkan alkohol.
Polis Turki menghukum pemandu mabuk dengan membawa pesalah 30 kilometer dari bandar mereka dan mengarahkan mereka berjalan kaki pulang dengan pengiring polis.
Amerika Tengah
Undang-undang minum alkohol dan memandu di rantau ini adalah sesuatu yang menakutkan.
Costa Rica mengenakan hukuman yang keras terhadap pesalah sebegini di mana mereka yang bersalah dikenakan denda RM2,000, penggantungan lesen memandu selama 2 tahun dan kemungkinan pembatalan kenderaan serta dipenjarakan.
El Salvador dilaporkan mempunyai undang-undang DUI yang paling ditakut di mana pelaku diletakkan di hadapan skuad penembak.
Oleh itu, seseorang itu dikatakan tidak waras untuk cuba memandu di bawah pengaruh alkohol di negara ini.
Australia
Undang-undang DUI di Australia adalah ketat dan populasinya jarang bertindak secara tidak bertanggungjawab berkenaan dengan undang-undang ini.
Undang-undang ini berbeza di seluruh negeri di Australia.
Polis di negara ini memeriksa orang awam secara rawak memeriksa sama ada mereka berada di bawah pengaruh alkohol atau tidak.
Ini terutamanya bagi mereka di bawah umur 25 tahun yang tidak dibenarkan minum alkohol, dengan tiada toleransi terhadap pemandu kenderaan komersil.
Para pegawai Australia mempunyai kuasa untuk menjalankan ujian BAC kepada pemandu walaupun selepas tiga jam memandu.
Pesalah di Australia dikenakan hukuman penggantungan lesen serta-merta selama enam bulan dan pembatalan lesen selama-lamanya untuk pesalah berulang.
Malah, nama-nama pemandu mabuk yang disabitkan kesalahan dihantarkan ke akhbar tempatan yang mana akan muncul dengan tajuk "Dia mabuk dan dipenjarakan".
Taktik penguatkuasaan dengan memalukan pesalah di hadapan orang ramai mungkin berkesan bagi negara ini.
Afrika
Afrika Selatan mempunyai undang-undang DUI yang ketat dan berhak berbuat demikian.
Negara ini melihatkan lebih daripada 45% daripada semua kematian yang tidak wajar akibat memandu dalam keadaan mabuk.
Walaupun pesalah menghadapi hukuman yang serupa dengan Amerika Syarikat seperti penggantungan lesen dan hukuman kewangan, rakyat Afrika Selatan juga berisiko dipenjarakan sehingga 10 tahun dan denda sehingga RM40,000.
Akan tetapi, negara ini juga melihatkan jumlah tertinggi dari segi orang yang tidak mengendahkan undang-undang DUI, dengan polis dan ahli politik ditangkap melanggar undang-undang.
Rujukan:
1. DUI Lawyer
2. Tad Tickets
3. Medium