Oleh pada 11 Apr 2017 kategori

Kredit foto: Rotikaya

Baru-baru ini, Zed Zaidi telah membuat laporan polis terhadap selebriti Singapura, Najip Ali dan menggesa agar kemasukan Najip ke negara ini disekat kerana kontroversi yang ditimbulkannya.

Namun, tindakan Zed menerima bantahan dan kecaman daripada sesetengah pihak, netizen termasuk para artis. Malah tak kurang ada yang menggelarkan beliau sebagai 'batu api' dalam kontroversi tersebut kerana cuba memanjang-manjangkan isu yang sudah selesai. 

Bagaimanapun Zed dalam kenyataan terbarunya menafikan dakwaan yang tersebar.  

Menurut Zed, beliau sedia untuk menyelesaikan masalah tersebut secara baik tetapi dia kesal kerana tiada inisiatif daripada pihak Najip sendiri untuk menghubunginya dan berbincang tentang perkara tersebut.

Saya bukan batu api dan saya tak peduli apa orang cakap tentang tindakan saya yang mewakili Seniman. Orang mahu saya matang dalam isu ini tapi persoalannya adakah mereka melihat isu yang wujud ini secara profesional? Saya tak ada masalah dengan dia dan bukan nak cari gaduh dengan Najip Ali. Tapi dia perlu tahu cara nak selesaikan isu ini dengan baik. Dia sudah buat salah, jadi seharusnya dia hubungi saya sebagai Presiden Seniman. Dengan sedikit perbincangan saya yakin isu ini boleh diselesaikan jika dia berhubung dengan saya. 

Sumber: Mstar

Zed turut membidas dakwaan yang mengatakannya mempertahankan perdana menteri atas kepentingan politik. Isu tersebut timbul kerana beliau sendiri mempunyai jawatan dalam pertubuhan UMNO. 

Mengulas hentaman yang diterima daripada rakan selebriti pula, Zed bagaimanapun akur, namun sedikit kesal kerana niatnya untuk mempertahankan maruah negara dipandang sepi oleh masyarakat di negara sendiri.  

Saya faham mengapa mereka beria-ria pertahankan Najip Ali. Ada antara mereka mempunyai hubungan baik dengan dia… kawan baik. Tak hairanlah mereka nak hentam saya. Tapi apa yang saya pelik, saya dihentam oleh rakan artis dan masyarakat di negara sendiri kerana pertahankan maruah negara. 

Sumber: Mstar

Dalam perkembangan lain, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Datuk Freddie Fernandez juga melahirkan perasaan terkilan dengan tindakan Zed yang dianggap mengabaikan pandangan penggiat seni hiburan secara keseluruhan dan hanya menyuarakan pandangan atas penilaian peribadi. 

kenyataan balas zed zaidi digelar batu api 2

Kredit foto: Mstar 




Hakcipta iluminasi.com (2017)