Kredit foto: Instagram Mira Filzah
Sebuah video yang memaparkan seorang wanita cantik sedang menjual ayam di pasar besar Taman Tun Dr. Ismail menjadi tular di laman sosial baru-baru ini. Video itu telah ditonton sebanyak 26 ribu kali dan menerima dua ribu likes di laman Facebook.
Selepas diamati, memang tak lain dan tak bukan pelakon drama Meh Sandar Pada Aku iaitu Mira Filzah yang sememangnya terkenal dengan kecomelannya.
Wah untung betul jadi orang cantik, kan? Buat apapun ramai yang suka! Tapi apa yang lebih penting Mira tak nampak kekok walaupun tak mahir memotong ayam.
Rupanya Mira sedang menjayakan cabaran drama lirik Hot daripada Hot FM di mana Mira perlu mencapai sasaran kutipan jualan sebanyak RM200 dengan menjual ayam.
Kredit foto: Instagram Mira Filzah
Cabaran khas #DramaLirikHot, Mira kena jual beberapa ekor ayam sehingga mencapai jumlah RM200! Berjaya ke tidak? Ha! Tonton video penuh di YouTube @hotfm976 minggu depan!
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen tidak dapat menahan sabar melihat penjual ayam secantik Mira dan mengatakan mereka sanggup membeli ayam hari-hari.
Kredit foto: Media Hiburan
Untuk anda yang tak dapat bayangkan bagaimana gaya Mira menjual ayam, jom layan video ini.