Para saintis dan jurutera sememangnya mendapat banyak inspirasi daripada haiwan dan tumbuh-tumbuhan sekeliling untuk mencipta sesuatu yang baru. Salah satu contohnya adalah kereta api laju Shinkansen di Jepun yang mendapat inspirasi dari beberapa jenis haiwan.

Kini, sekumpulan jurutera dan saintis juga telah berjaya mencipta obbjek boleh terbang paling kecik di dunia dengan mendapat insprasi daripada alam sekelilling.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Diilhamkan oleh cara pohon seperti pohon maple menyebarkan biji mereka dengan menggunakan sedikit angin sepoi-sepoi, para penyelidik telah berjaya mencipta pelbagai jenis mikrocip kecik yang mampu terbang, cukup kecil tidak lebih besar daripada sebutir pasir.

Kepelbagaian fungsi

mikrocip terbang

Mikrochip terbang atau 'microflier' ini menangkap angin dan berputar seperti helikopter menuju ke tanah.

Microflier yang dibangunkan oleh pasukan dari Northwestern University di Illinois ini dapat dimuatkan dengan teknologi ultra miniatur, termasuk sensor, sumber kuasa, antena untuk komunikasi tanpa wayar dan bahkan memori tertanam untuk penyimpanan data.

Matlamat para penyelidik ini adalah untuk menambahkan teknologi penerbangan bersayap ke sistem elektronik skala kecil dengan idea bahawa kemampuan ini akan memungkinkan mereka menyebar atau menghantar alat elektronik mini yang sangat hebat ini untuk melakukan pemantauan pencemaran, pengawasan penduduk atau pengesanan penyakit.

Pasukan jurutera ini merancang peranti yang akan mampu bertahan di udara selama mungkin yang membolehkan mereka memaksimumkan pengumpulan data yang relevan dan diperlukan. 

Mekanisma yang unik

objek terbang paling kecil

Apabila microflier ini jatuh melalui udara, sayapnya akan berinteraksi dengan udara untuk menghasilkan gerakan putaran yang perlahan dan stabil.

"Kami berpendapat bahawa kami berjaya mengalahkan alam. Kami dapat membina ciptaan sekecil ini yang jatuh dengan lintasan yang lebih stabil dan pada kecepatan terminal yang lebih perlahan daripada benih yang akan anda lihat dari tanaman atau pokok," kata John A. Rogers yang memimpin pasukan saintis ini.

Beliau percaya bahawa microflier ini berpotensi dijatuhkan dari langit secara pukal dalam kuantiti yanng banyak dan tersebar untuk memantau usaha pemulihan alam sekitar setelah tumpahan minyak atau untuk mengesan tahap pencemaran udara pada ketinggian yang berbeza.

Kontroversi pencemar

Ada pihak yang mengutarakan kebimbangan bahawa microflier akan mewujudkan satu bentuk pencemaran baru sekiranya dilepaskan di satu-satu kawasan. Jika dakwaan ini benar sudah tentulah ianya satu perkara yang sangat ironi kerana ianya dibangunakn dengan tujuan melakukan pemantauan pencemaran. 

"Kaedah yang berkesan untuk pemulihan dan pembuangan mesti dipertimbangkan dengan teliti. Salah satu penyelesaian yang mengatasi masalah ini adalah membina microflier ini dari peranti yang terbuat dari bahan yang secara semula jadi yang boleh menyerap ke persekitaran melalui reaksi kimia dan / atau disintegrasi fizikal.

Menariknya, kumpulan penyelidik ini sebenarnya sudahpun melihat isu yang mungkin timbul ini. Makmal kajian mereka sebelum itu telah mencipta alatan elektronik sementara yang mampu larut dalam air setelah tidak lagi berguna.

Dengan menggunakan bahan serupa, pasukan penyelidik ini merancang untuk membina microflier yang dapat degradasi dan boleh lupus melalui  air bawah tanah dari semasa ke semasa.

Mereka membuat sistem elektronik fizikal sementara dengan menggunakan polimer yang boleh terurai, konduktor kompos dan cip litar bersepadu yang boleh dilarutkan yang secara semula jadi yang mesra alam apabila terkena air.

Kredit:

  1. Nature
  2. Science Alert
  3. DesignBoom
  4. Northwestern Edu



Hakcipta iluminasi.com (2017)