Oleh pada 26 Apr 2017 kategori

Hari-hari saya boleh baca artikel pasal Muslim di negara barat.

Semalam saja saya baca pasal kisah beberapa orang Muslim gay yang mengaku diorang bersyukur dapat duduk di Eropah sebab di negara asal sendiri, diorang ditindas. Gembira kata mereka, dapat duduk dalam masyarakat saling memahami kehendak orang lain.

"I am Muslim, a good Muslim, I prayed five times a day, fast, recite doa everyday, but the only difference is that I have a husband and I am a man," kata dia dalam artikel. "What makes me difference from the 'real' Muslim?"

BESARKAN TEKS     A-  A+

Terjemahannya - "Apa yang membezakan saya dengan Muslim lain?"

Ramai juga saya perasan kongsikan artikel yang menekankan ideologi sama - seorang Muslim masih dikira Muslim yang baik tak kiralah dia tu gay ke, tak tutup aurat ke, suka berzina ke, asalkan dia masih percaya Allah dan Rasul. Seolah tidak apa kalau kita turut kemahuan sendiri asalkan tidak terpesong pegangan kita. Dipegangnya Islam tidak menghalang seseorang itu mengejar sesuatu yang dilarang, asalkan perkara itu membuatkan dia rasa gembira.

Kerana kegembiraan adalah hak manusia. Takut sangat ke kita tak gembira di dunia ni?

iluminasi dosa pahala lgbt 378

Tertanya juga saya - adakah wujud satu gerakan yang mahu orang melayu seperti kita ini pun supaya berani keluar dari kekangan agama Islam dan buat apa saja kita nak, kerana logik yang dijaja - Islam sepatutnya memudahkan dalam negara kita sendiri?

Seolah slogannya - "hiduplah seperti mana kita berkehendak, tapi kekal percaya Allah dan Rasulnya."

Sedangkan yang sebetulnya, hiduplah seperti mana Allah berkehendak dan Rasul anjurkan. Rasa merana, sengsara, duka dan tidak gembira pun tak mengapa. Yakin Allah ada. Adakah sudah korup benar tafsiran "a good muslim" pada zaman sekarang ni. Entah mengapalah seseorang yang bangga berbuat dosa secara terbuka pun masih lagi boleh dikata Muslim yang baik.

Yang cukup menghairankan, ada segelintir orang Melayu sendiri seolah jadi takut nak mengatakan apa yang mereka-mereka itu buat salah. Apa yang nak ditakutkan? Kalau salah, katalah salah.

Yang kita terhegeh-hegeh nak "hormati pandangan dia" kenapa?

Pandangan kita ada dia jaga?

iluminasi dosa pahala lgbt3

Paling menyedihkan, segelintir dari kita seolah kena pukau nak semai dan ambil apa saja dasar yang negara barat buat, laksanakan di negara kita. Mengapa begitu pula ya?

Nukilan,

Hamba Allah yang gusar.




Hakcipta iluminasi.com (2017)