Berita tentang kematian Osama Bin Laden sememangnya telah tersebar ke seluru dunia, namun masih ramai yang tidak mengetahui mengapa pengasas al-Qaeda ini ditanam di laut.

Selepas lebih dari 10 tahun dalam senarai paling dikehendaki FBI, Osama akhirnya terbunuh dalam satus serangan oleh pasukan Tentera Laut AS di perkarangan tempat tinggalnya dekat Islamabad, Pakistan pada 2 Mei, 2011.

BESARKAN TEKS     A-  A+

lokasi dikatakan tempat persembunyian osama bin laden

Mengimbau kembali saat Osama terbunuh, Bekas anggota Pasukan 6 SEAL Tentera Laut AS Robert O'Neill berkata dalam perbualan yang diadakan di Muzium Memorial 9/11: "Osama Bin Laden berada satu setengah kaki di hadapan saya. Saya kemudiannya menembaknya dua kali, dan kemudian sekali lagi,".

"Saya kemudiannya menoleh ke belakang, anggota SEAL yang lain datang ke dalam bilik tersebut dan saya berhenti di situ dan melihat ke arah mereka. Salah seorang daripada mereka melihat saya dan berkata, "Kau okay?". Saya berkata, "Apa yang kita patut buat sekarang?".

O'Neill menceritakan bahawa anggota SEAL tersebut ketawa dan meletakkan tangan ke atas bahunya sambil berkata, "Sekarang kita cari komputer-komputer itu,".

situasi pembunuhan osama bin laden 251

Presiden Amerika Syarikat ketika itu iaitu Barack Obama mengumumkan berita kematian Osama, namun AS masih perlu menentukan bagaimana mayat Osama harus dikebumikan.

Negara tersebut bergantung kepada agama dan sejarah untuk membantu memaklumkan keputusannya.

Pembakaran mayat telah ditolak kerana ia dilarang dalam Islam dan mengebumikannya di tanah airnya menjadi satu isu kerana negara asalnya Arab Saudi dilaporkan tidak akan menerima mayat Osama.

Malah, mereka bimbang kuburnya boleh menjadi 'tempat suci pengganas'.

berita kematian osama bin laden 640

Oleh itu, keputusan yang dibuat oleh AS adalah untuk mengembumikan Osama di laut dan untuk memastikan tiada siapa dapat mencari atau menemui mayatnya, pelbagai langkah berjaga-jaga diambil.

Tradisi Islam memerlukan jenazah dikebumikan dalam tempoh 24 jam selepas kematian, jadi sebaik sahaja mayat Osama dikenal pasti, AS memindahkan mayatnya ke kapal USS Carl Vinson.

Jenazah Osama kemudiannya dikendalikan dengan cara Islam termasuknya dimandikan, dikafankan dan penterjemah bahasa Arab dibawa untuk menyempurnakan upacara keagamaan.

osama bin laden dikebumikan di lautan

"Seorang pegawai tentera membaca ucapan keagamaan yang disediakan, yang diterjemahkan ke dalam bahasa Arab oleh penterjemah," jelas seorang pegawai pertahanan AS.

Walau bagaimanapun, AS kemudiannya tidak mengikut tradisi Islam iaitu mengebumikan jenazah Osama, sebaliknya mereka meletakkan jenazah tersebut di dalam beg pemberat sebelum memasukkannya ke atas papan kayu lalu ditolak ke dalam laut.

"Pengebumian" jenazah Osama ini dilakukan kira-kira 12 jam selepas beliau dibunuh.

Rujukan:

1. Daily Evolver

2. Unilad

3. History




Hakcipta iluminasi.com (2017)