Oleh pada 06 May 2020 kategori

Kumpulan Pembangunan Perang Khas Angkatan Laut Amerika Syarikat (DevGru) yang pada asalnya dikenali sebagai "SEAL Team Six", merupakan salah satu daripada beberapa unit yang didedahkan secara terbuka di bawah Komando Operasi Khas Bersama (JSOC).

JSOC adalah sebuah kumpulan elit dan sangat rahsia yang menyelaraskan misi anti-keganasan dan misi berkaitan keselamatan lain di seluruh dunia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Berpangkalan di Lapangan Udara Pope Army dan Fort Bragg di North Carolina, JSOC ditubuhkan pada tahun 1980 setelah pasukan khas Amerika gagal menyelamatkan tebusan Amerika di Kedutaan Iran semasa Operasi Eagle Claw.

Sebuah unit JSOC yang bertanggungjawab ke atas operasi pengganas di persekitaran maritim mula beroperasi pada tahun berikutnya sebagai SEAL Team Six.

Nama ini dipilih bertujuan untuk mengelirukan perisikan Soviet kerana pada ketika itu, hanya terdapat tiga pasukan SEAL sahaja yang wujud.

pasukan elit devgru

Pada tahun 1987, ia dibubarkan dan dijenamakan semula sebagai Kumpulan Pembangunan Perang Khas Angkatan Laut Amerika Syarikat.

Walaupun organisasi DevGru dikelilingi banyak rahsia, dipercayai bahawa sebahagian besar anggotanya dipilih dengan teliti dari pasukan SEAL lain dan dari unit Pelupusan Ordnance Letupan Angkatan Laut.

Sebagai tambahan kepada program latihan SEAL yang dahsyat, calon DevGru menerima arahan lanjutan dalam teknik menentang keganasan sebelum menjalani proses pemilihan yang ketat.

Menurut laman sesawang berita keselamatan GlobalSecurity.org, unit ini kini terdiri daripada kira-kira 200 pengendali serta 300 pakar yang ditugaskan untuk menguji dan mengembangkan peralatan serta senjata khas.

operasi oleh devgru

Nama unit ini sekali lagi dinamakan semula pada Oktober 2010, namun nama SEAL Team Six kekal sebagai nama unit ini yang diiktiraf secara meluas.

Dan walaupun banyak operasi DevGru masih kekal rahsia, beberapa aktiviti unit ini telah disahkan dan dihebahkan.

Ia termasuklah serbuan yang paling berprofil tinggi DevGru setakat ini, iaitu serangan terhadap perkarangan Osama bin Laden di Pakistan yang membawa kepada kematian pemimpin al-Qaeda ini. 

1. Operasi Urgent Fury (1983)

operasi urgent fury

SEAL Team Six mengambil bahagian dalam pencerobohan ke atas Grenada yang dipimpin AS, yang menamatkan pengambilalihan komunis dari pemerintah negara kecil Caribbean itu pada Oktober 1983.

Empat anggota unit ini hilang di laut ketika helikopter menurungkan mereka di luar pesisir. 

Unit ini bertanggungjawab menyelamatkan gabenor jeneral negara itu, Paul Scoon, yang telah ditahan di rumah dan berhadapan dengan hukuman mati.

Dihujani tembakan bertubi-tubi dari tentera Grenada ketika mereka cuba beredar, DevGru berenang ke lautan di mana mereka menunggu selama hampir 6 jam, sebelum ditemui Angkatan Laut dan diselamatkan.

2. Operasi Just Cause (1989)

operasi just cause

Bekerjasama dengan pasukan Delta Force dan unit elit lain, anggota DevGru membantu dalam usaha menangkap diktator Panama iaitu Manuel Noriega yang digulingkan semasa pencerobohan Amerika Syarikat ke atas Panama pada Disember 1989.

3. Operasi Pokeweed (1990)

pokeweed

DevGru dilaporkan kembali ke Panama untuk mengambil bahagian dalam operasi rahsia yang bertujuan untuk menangkap raja dadah Colombia yang sangat terkenal iaitu Pablo Escobar.

Akan tetapi, misi ini dipercayai menemui kegagalan disebabkan oleh bahagian perisikan yang lemah.

3. Pertempuran Mogadishu (1993)

operasi mogadishu

Anggota-anggota DevGru mengambil bahagian dalam pasukan petugas multinasional semasa Operasi Gothic Serpent.

Operasi Gothic Serpent adalah sebuah misi yang dipimpin AS untuk menangkap panglima perang Somalia, Mohamed Farrah Aidid pada Oktober 1993.

Ia kemudiannya memuncak dalam Pertempuran Mogadishu, yang kemudian diceritakan dalam buku “Black Hawk Down: A Story of Modern War” dan serta diadaptasikan dalam filem.

4. Menangkap Penjenayah Perang Bosnia (1998)

radislav krsti bosnia seal

Selepas perang di Yugoslavia, anggota DevGru dihantar ke Bosnia untuk mengesan para penjenayah perang Bosnia dan membawa mereka pulang ke The Hague di Belanda untuk dibicarakan.

Mereka menangkap sebilangan suspek utama, termasuklah Radislav Krstić yang merupakan jeneral Bosnia yang kemudian didakwa atas peranannya dalam pembunuhan besar-besaran di Srebrenica pada tahun 1995.

5. Cubaan menyelamatkan Linda Norgrove (2010)

linda norgrove

Pada Oktober 2010, anggota DevGru memimpin serangan di sebuah kompleks Taliban di Afghanistan.

Ia merupakan lokasi penahanan Linda Norgrove, seorang pekerja bantuan Scotland.

Ditempatkan di barisan hadapan oleh penculiknya, Linda mengalami cedera parah ketika pertempuran antara pasukan A.S. dan anggota bersenjata Taliban meletus.

usaha selamatkan linda norgrove

Siasatan bersama oleh Amerika Syarikat dan United Kingdom selepas itu mendapati bahawa bahawa bom tangan yang dilemparkan oleh salah seorang anggota DevGru telah menyebabkan wanita berusia 36 tahun itu terbunuh.

Beberapa minggu kemudian, akhabar melaporkan bahawa beberapa anggota DevGru dikenakan tindakan kerana tidak memberitahu pegawai mengenai situasi kematian Linda yang dianggap sebagai tidak sengaja.

6. Konflik in Afghanistan and Iraq (2001-kini)

konflik di afghanistan

Anggota DevGru terlibat secara langsung dalam konflik yang sedang berlaku di Afghanistan dan Iraq, dengan menyasarkan banyak tokoh al-Qaeda dan Taliban.

Mereka sering bekerja sama dengan Bahagian Kegiatan Khas Badan Perisikan Pusat, yang menjalankan operasi paramiliter rahsia.

7. Pembunuhan Osama Bin Laden (2011)

pasukan devgru yang didakwa membunuh osama bin laden

Dituduh sebagai dalang dalam serangan ke atas Amerika Syarikat pada 11 September 2001, pemimpin al-Qaeda Osama bin Laden berjaya meloloskan diri daripada usaha menangkap oleh DevGru hampir satu dekad.

Namun, unit ini akhinya berjaya melaksanakan misi yang paling berprofil tinggi dalam sejarahnya.

Walaupun butiran operasi ini masih belum disahkan oleh pegawai rasmi, dipercayai bahawa 24 anggota unit SEAL ini telah menyerbu masuk perkarangan Osama di Abbottabad, Pakistan, pada awal pagi 2 Mei 2011.

Menurut laporan, insiden tembak-menembak meletus dan berlangsung selama 40 minit, yang membawa kepada penangkapan atau kematian 22 orang.

Osama bin Laden dilaporkan mati ditembak dan kemudiannya dibuang ke laut selepas proses pengenalan yang teliti dibuat.

Kesemua anggota SEAL terselamat daripada serangan itu walaupun berlakunya kerosakan pada helikopter yang dinaiki, yang hampir-hampir menggagalkan misi mereka.




Hakcipta iluminasi.com (2017)