Masalah kos sewaan rumah di Hong Kong telah mencapai tahap kritikal di mana kadar sewa telah naik mendadak semenjak 2012 sebanyak 50%, membuatkan kediaman menjadi satu asas hidup yang tak mampu dinikmati semua.
BESARKAN TEKS A- A+
Jangan terkejut pula jika mendengar kadar sewanya. RM1000 sebulan untuk sangkar di atas. Bahkan ada yang lebih teruk dari sangkar, ianya hampir menyerupai reban ayam sahaja. Betapa bersyukurnya kita walau dapat hidup di rumah flat kos rendah di Malaysia.
Lelaki ini, berusia 61 tahun dan tidak bekerja membayar RM995 sebulan untuk duduk di dalam kotak ini. Dia hanya menyewa bahagian yang bercahaya itu sahaja! Bahagian lain bukan untuk beliau jelajahi.
Inilah kediaman beliau. Hanya cukup untuk meletakkan televisyen, tilam dan sedikit barangan peribadi. Privasi pun tak ada. Mungkin bagus juga agar beliau tidak melakukan onar di dalam rumah tersebut.
Jika mempunyai wang yang lebih sedikit, dengan RM2180 sebulan, penduduk Hong Kong boleh menyewa apartment di atas yang mempunyai keluasan 60 kaki persegi. Sizenya hanya menyamai bilik kecil kediaman flat atau rumah kos rendah di Malaysia.
Sama-samalah kita berdoa agar dijauhi situasi dan keadaan yang sesak seperti di Hong Kong ini. Bersyukurlah dengan situasi kita yang ada sekarang.