Oleh pada 18 Jan 2018 kategori

Sumber foto: malaysiadreamnews.com

Menerusi sebuah video sesi soal jawab di Facebook, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan trend graduan menjual nasi lemak dan memandu Uber untuk mencari pendapatan sebagai suatu perkara negatif.

Menurut Dr Mahathir, ia merupakan suatu bukti kegagalan oleh pihak kerajaan dalam menawarkan peluang pekerjaan yang ideal seiring dengan keupayaan yang mereka miliki.  

Selain itu, beliau juga mendakwa pekerjaan sebegitu membuktikan jumlah pekerjaan yang bergaji tinggi adalah kecil di negara ini.

Tambah bekas perdana menteri itu, gejala itu bukanlah suatu perkembangan sihat semangat keusahawanan, sebaliknya suatu tanda bahawa para graduan masa kini kekurangan pendapatan.

Beliau juga berkata, jika lulusan universiti hendak menjadi penjual nasi lemak, kerajaan sepatutnya mewujudkan universiti yang mengajar tentang pekerjaan itu.

“Ia memalukan negara apabila graduan menjual nasi lemak. Ia menunjukkan kerajaan gagal menyesuaikan kemahiran [graduan] dengan peluang kerja,” ujarnya .

Sumber berita: Malay Mail Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)