Kredit foto: ammboi.com
Pasangan selebriti kesayangan ramai, Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim telah selamat menimang cahaya mata kedua mereka pada pagi Ahad yang lalu.
Lisa Surihani (31 tahun) melahirkan seorang bayi lelaki di Pusat Perubatan Pantai pada sekitar jam 7 pagi.
Khabar gembira itu diumumkan oleh Yusry sendiri menerusi akaun Instagram miliknya.
Alhamdulillah, Lisa sudah selamat melahirkan bayi lelaki pagi tadi. Syukur alhamdulillah.
Sumber: Instagram @yusrykru
Untuk info, pasangan itu yang berkahwin pada 23 Februari 2012 juga mempunyai seorang anak perempuan, Yahaira Leanne yang kini sudah berusia dua tahun.
Sumber: mStar Online