Oleh pada 21 Nov 2022 kategori

Dalam kepantasan dunia sekarang, jangka masa sering dilihat terlalu pendek untuk melakukan sesuatu. Sebenarnya ada bermacam perkara yang korang boleh buat. Jom kami kongsikan!

Jawab 5 e-mel

Dengan hanya 5 minit, 5 e-mel kerja atau peribadi boleh dijawab. Pastikan jawapan dibuat dengan ayat ringkas, padat dan mudah difahami.

Baca beberapa halaman buku

untitled design

Ramai yang kurang membaca kerana menganggap perlu mengambil masa lama untuk menghabiskan sebuah buku. Luangkan hanya beberapa minit setiap kali waktu lapang untuk membaca beberapa halaman buku, lama-lama, habis!

Tolong mereka yang memerlukan

Pertolongan yang nampak kecil tapi sebenarnya mampu memberi makna kepada penerimanya. Tolong tahan pintu untuk orang di belakang, tolong tunjuk arah kepada yang bertanya dan bermacam lagi boleh dimulakan sekarang.

Tonton TikTok bermanfaat

foto ilustrasi aplikasi 200708225544 843

Pelbagai kandungan boleh ditonton di TikTok berdasarkan minat masing-masing. Dari tips berniaga, DIY, life hacks, cara masakan, tips travel dan bermacam lagi pengetahuan boleh dimanfaatkan dalam waktu yang pendek.

Daftar Akaun Simpanan-i Be U Qard

logo 3 1200x1200 842

Be U membolehkan pendaftaran Akaun Simpanan-i Be U Qard dilakukan dengan sekejap sahaja. Hanya dengan beberapa langkah ringkas dan identifikasi, akaun sedia didaftarkan.

Mungkin ada yang tertanya-tanya jika Be U ini adalah e-Wallet kan? Sebenarnya, Be U ini bukanlah e-wallet dan merupakan sebuah bank digital sepenuhnya. Tak perlu risau mengenai keselamatan dana kerana akaun dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sehingga RM250K.

Sesiapa sahaja boleh membuka akaun Be U ini asalkan mempunyai akaun bank Malaysia untuk tujuan rujukan. Tak ada akaun Bank Islam? Tak ada masalah, anda masih boleh miliki akaun Be U asalkan berstatus warganegara berusia sekurangnya-kurangnya 18 tahun.

Capai matlamat simpanan dengan Nest

be u 2 106

Nak kahwin dalam masa setahun? Bercuti pusing seluruh Eropah dengan kawan kolej? Atau beli rumah pertama tahun depan? Setiap orang ada matlamat yang memerlukan dana kewangan yang besar untuk digunakan. Tapi bagaimana kita boleh mencapai semua matlamat ini dengan realistik?

Be U mempunyai ciri Nest yang menjadi platform untuk menabung berdasarkan matlamat masing-masing. Nest membantu menambah baik tabiat kewangan dan dalam masa sama memberikan fleksibiliti kepada pengguna dalam mencapai matlamat mereka.

be u 1 932

Bagi anak muda dengan simpanan terhad atau pun penuntut yang bekerja separuh masa, Be U adalah satu keperluan. Ciri Gigs menawarkan kerja separuh masa yang boleh dilakukan bagi sumber pendapatan tambahan.

Selain itu, pemindahan wang kepada rakan dan keluarga boleh dilakukan dengan mudah dan ringkas dengan Be U.

Tak perlu kekalkan sejumlah wang dalam akaun

Dengan Be U, pengguna tidak perlu mengekalkan sejumlah wang di dalam akaun untuk memastikan akaun terus aktif sehingga 1 tahun. Ini memberi kemudahan kepada pengguna muda dan golongan yang baru memulakan dunia kerjaya.

be u cap launch video 1 302

Aplikasi Be U sudah boleh mula dimuat turun di Apple App Store dan Google Play Store secara percuma. Lawati laman web getbeu.com dan ikuti Facebook dan Instagram Be U hari ini untuk maklumat lanjut.




Hakcipta iluminasi.com (2017)