Kredit foto: Instagram Lara Alana

Anak kepada pasangan selebriti popular, Awal Ashaari dan Scha Al Yahya iaitu Lara Alana akan mula melangsaikan cukai pendapatannya tahun ini.

Menurut Scha, meskipun Lara baru berusia tiga tahun, namun dia sudah meraih pendapatannya sendiri. Justeru dia bertanggungjawab untuk melaksanakan cukai pendapatan di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

lara alana mula bayar cukai pendapatan 2

Kredit foto: Instagram Lara Alana

Lara Alana sudah ada fail cukai pendapatan di LHDN dan akan mula membayar cukai pertamanya tahun ini. Kami menyerahkan kepada ejen menguruskan akaun Lara Alana. Akaun itu berbeza daripada saya dan Awal. Ejen itu berperanan sebagai wakil untuk menghantar dan menguruskan cukai anak kami.

Sumber: Astro Gempak  

Beginilah contoh selebriti yang wajar dijadikan ikutan. Dalam usia yang muda, Lara mula dipupuk dengan tanggungjawabnya sebagai seorang rakyat yang patuh dengan undang-undang. Syabas Lara! 

lara alana mula bayar cukai pendapatan 3

Kredit foto: Instagram Lara Alana 




Hakcipta iluminasi.com (2017)