Sekiranya anda terserempak dengan saya di jalanan, pasti ramai yang tidak menyangka saya seorang beragama Islam. Saya tidak memakai tudung, Saya mempunyai rambut blonde, dan bermata biru.

Dan badan saya dipenuhi tatu, dibesarkan di Texas dengan kepercayaan Southern Baptist asalnya.

Saya menggunakan perkataan "y'all" terlalu kerap, tetapi saya Muslim.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Saya juga boleh bertutur dalam bahasa Arab dan memiliki Ijazah Sarjana dalam Keselamatan Antarabangsa dengan tumpuan terhadap keganasan dan Timur Tengah.

Beberapa tahun yang lalu, saya menyedari bahawa walaupun saya telah lama belajar, menganalisis dan menulis tentang teori politik Islam serta bagaimana ahli ideologi jihad seperti Osama bin Laden menggunakan Al-Qur'an untuk membenarkan tindakan ganas yang mereka lakukan, namun saya sebenarnya tidak pernah membaca Al-Quran.

jennifer williams jenny from the vox 329

Jadi saya memutuskan untuk membacanya dan apa yang saya dapati di dalamnya telah mengubah hidup saya.

Saya dapati jawapan kepada soalan tentang iman dan kepercayaan serta moral yang telah mengganggu hidup saya sejak remaja.

Saya menemui hubungan dengan Tuhan yang saya fikir telah lama hilang. Dan tujuh tahun yang lalu, saya memeluk Islam.

Namun perlu dijelaskan bahawa ketika ini saya membenci tafsiran Islam yang didukung oleh orang-orang seperti Al-Qaeda dan ISIS sama seperti sebelum saya memeluk Islam, dan mungkin lebih lagi.

Ini kerana kini saya melihatnya bukan sahaja sebagai satu perkara yang merosakkan agama yang sangat indah, tetapi sesuatu yang merosakkan agama saya yang tersangat indah.

Apabila saya membaca al-Qur'an, saya dapati Tuhan yang sangat pemurah, yang mengasihani dan yang melindungi manusia dengan penuh kasih sayang.

Saya menemui agama yang menggalakkan pemikiran bebas, belas kasihan kepada manusia dan keadilan sosial.

isis 70

Jihadis mendakwa mereka mencintai perkara-perkara yang sama tentang Islam, tetapi memutuskan bahawa cara terbaik untuk berkongsi mesej rahmat dan belas kasihan Tuhan dengan dunia adalah untuk meletupkan masjid-masjid dan menyembelih pekerja bantuan kemanusiaan. 

Tiga tahun yang lalu, hashtag "#MuslimApologies" mula tersebar di Twitter.

Hashtag tersebut adalah tindak balas tidak ikhlas kepada golongan seperti hos radio Laura Ingraham, yang mana mempersoalkan mengapa umat Islam tidak lebih bersuara mengutuk keganasan yang dilakukan atas nama Islam selepas pemenggalan kepala orang Barat oleh ISIS.

Bosan kerana sentiasa diminta untuk meminta maaf atas perbuatan orang-orang jahat yang memutarbelitkan Islam untuk membenarkan tindakan barbarisme mereka, orang Islam di Twitter memutuskan untuk mengambil sikap lucu dan sarkastik.

Mereka meminta maaf ke atas segala-galanya yang berlaku termasuklah kisah Twilight, Perang Dunia I dan II, bahawa Pluto bukan lagi sebuah planet dan, kegemaran peribadi saya, bahawa Mufasa mati dalam The Lion King.

Ada juga yang menggunakan hashtag untuk secara sinis meminta maaf atas sumbangan penting yang telah dibuat oleh budaya Islam kepada dunia, daripada algebra ke kopi ke obscura kamera.

Sudah tentu, saya juga mahu terlibat dalam trend ini. Selepas memuat naik tweet permohonan maaf sarkastik saya mengenai pengakhiran rancangan TV Lost yang sangat hambar, saya memutuskan untuk mencuba sesuatu yang lebih serius, iaitu ringkasan 140-karakter kisah saya memeluk Islam:

tweet oleh jennifer william tentang kisahnya memeluk islam

Selepas memuat naik tweet saya, saya masuk tidur. Apabila saya bangun pada keesokan harinya, saya terkejut kerana mendapati bahawa tweet saya yang rendah hati telah banyak di-retweet dan saya telah menerima ramai pengikut baru.

Beberapa orang yang mana hampir semuanya adalah orang Islam telah membalas dengan menyatakan kegembiraan mereka untuk saya dan mengalu-alukan saya kepada Islam.

Ia sangat menggembirakan. Sudah tentu, saya juga di-troll, di mana ada yang memberitahu saya bahawa otak saya telah "dicuci", cuba meyakinkan saya bahawa CIA yang mencipta ISIS, atau bertanya kepada saya jika saya sudah melakukan mutilasi alat kelamin atau belum.

Kemudian, sesuatu yang diluar jangkaan telah berlaku. Tweet saya telah menjadi tular dan kali terakhir saya lihat, ia telah di-retweet sebanyak 11,300 kali.

Dan saya menyedari satu trend yang tidak menyenangkan iaitu daripada semua yang retweet, kebanyakan daripada mereka menjadikan bendera hitam ISIS sebagai gambar profil Twitter mereka.

Yang lain mempunyai gambar mereka memegang pedang, berdiri di hadapan bendera hitam ISIS. Ini membimbangkan saya.

kisah jennifer william memeluk islam

Kemudian, orang Arab Saudi muncul. Golongan lelaki dengan gambar profil mereka berpakaian pakaian tradisional Arab Saudi, ada yang dengan gambar bersama kereta sport yang mahal mula membalas tweet saya dan meminta untuk bercakap dengan saya secara peribadi.

Seorang lelaki memberitahu saya betapa cantiknya saya memakai tuudng dan seorang lagi mengajak saya berkahwin dengannya.

Jadi, dengan tak semena-mena saya popular di Arab Saudi.

Sangat jelas bahawa tweet saya tentang memeluk Islam membuatkan ramai orang Islam marah, baik di Amerika Syarikat mahupun di dunia Islam yang lebih luas.

Orang bukan Islam kadang-kala tidak menyedari betapa banyak kebencian dan perkara negatif yang dilemparkan kepada umat Islam serta betapa hancurnya jiwa seseorang untuk terpaksa mempertahankan diri dan kepercayaan anda setiap hari.

isis mempergunakan islam

Ia sangat menggembirakan untuk melihat seseorang mengatakan sesuatu yang positif tentang Islam.

Walaubagaimanapun, pada masa yang sama, tindakan ISIS dan pengikutnya dan kata-kata intoleransi yang berasal dari orang Islam sendiri yang menimbulkan reaksi sebegini terhadap umat Islam.

Dan bagi saya, saya sangat tidak suka jika kisah saya memeluk Islam digunakan untuk menarik lebih ramai orang kepada ideologi yang menjijikkan yang mencetuskan tindakan pengeboman bunuh diri dan pemenggalan kepala.

Rujukan:

1. All American Muslim

2. Lawfare

3. Tempest




Hakcipta iluminasi.com (2017)