Pada 8 November 2016 pukul 8.15 malam, televisyen di seluruh India berubah siaran secara serentak. Drama, perlawanan kriket dan rancangan lain semuanya digantikan dengan wajah Perdana Menteri Narendra Modi.

Dalam ucapan mengejut dan tidak dijadualkan ini, beliau mengumumkan bahawa wang kertas 500 (RM27.65) dan 1,000 rupee (RM55.31), akan hilang status dan nilai sebagai wang kertas yang sah (demonetisasi) tidak lama lagi.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Tanpa sebarang nilai wang, kedua-dua wang kertas ini hanyalah sekeping kertas kosong dan tidak boleh digunakan untuk sebarang urus niaga.

"Tidak lama lagi" yang dimaksudkan oleh Modi adalah dalam masa 3 jam dan 45 minit, berkuatkuasa serta-merta pada tengah malam.

Ini merupakan satu pengumuman yang sangat mengejutkan kerana kedua-dua wang kertas 500 dan 1,000 rupee ini merangkumi 86% daripada semua wang tunai dalam edaran di India.

wang kertas 500 rupee dan 1000 rupee diharamkan india pada tahun 2016 955

Ia seolah-oleh Perdana Menteri Malaysia mengumumkan bahawa semua wang kertas RM20 dan RM50 tidak lagi bernilai, namun kesan berita ini lebih teruk kerana perkara ini melibatkan populasi 43 kali ganda rakyat Malaysia jauh lebih bergantung kepada wang tunai.

Akibatnya dapat dilihat beberapa bulan kemudian di mana "eksperimen" yang tidak disengajakan ini membuatkan 1.3 bilion rakyat India berebut-rebut untuk menukarkan wang tunai mereka, kerajaan tergesa-gesa mencetak wang kertas baharu dan berpuluh-puluh nyawa tidak bersalah terkorban.

Jadi, mengapa Perdana Menteri India mengumumkan keputusan yang sangat mengejutkan ini?

Wang tunai sangat penting di India dan dianggarkan sekitar 90% hingga 98% daripada semua urus niaga di negara ini melibatkan mata wang fizikal dan 85% dari pekerja dibayar dengan wang tunai.

demonetisasi oleh india 2016 444

Malah, hanya sekitar separuh daripada populasi negara kedua paling ramai penduduk ini sahaja yang memiliki akaun bank.

Ini adalah situasi yang sangat terbaik untuk mengelakkan cukai, membuatkan pendapatan untuk tidak dilaporkan menjadi tersangat mudah dan biasa sekaligus tidak diketahui oleh kerajaan.

Walaupun pekerja makan gaji membayar cukai melalui penolakan gaji secara automatik, namun golongan ini hanya mewakili sepersepuluh sahaja daripada semua.

Sementara itu, para petani mewakili kira-kira separuh daripada tenaga kerja India yang mana sebahagian besarnya dikecualikan, dilindungi dari ahli politik kerana mereka mempunyai kuasa besar dalam mengundi.

Pada tahun 2016, hanya 37 juta rakyat India memfailkan penyata cukai, yang mana 10 juta daripadanya dikecualikan dan menjadikan hanya 27 juta pembayar cukai sahaja dalam sebuah negara dengan populasi serama 1.3 bilion orang.

demonetisasi oleh india 2016 2

duit india

Ini bermakna hanya 2% sahaja pekerja yang membayar cukai di India.

Jalan penyelesaian yang diambil oleh Modi dalam isu ini adalah sangat mudah, dengan memaksa semua rakyat melaporkan pendapatan mereka.

Dari 9 November, rakyat India hanya mempunyai masa sehingga 30 Disember untuk membawa wang 500 dan 1,000 rupee ke bank.

Mereka mempunyai dua pilihan iaitu sama ada mendepositkan wang tersebut untuk nilai penuh, atau menukarkannya dengan wang kertas lain dengan jumlah maksimum 4,000 rupee seorang setiap hari.

Jumlah ini kemudiannya dinaikkan kepada 4,500 rupee dan diturunkan semula kepada 2,000 rupee seorang setiap hari.

orang ramai beratur untuk menukar wang kertas 500 dan 1000 rupee di india 2016 2

orang ramai beratur untuk menukar wang kertas 500 dan 1000 rupee di india 2016 41

Mereka yang lari daripada cukai tidak kiralah sama ada besar atau sedikit nilainya, tidak mempunyai pilihan selain daripada mengisytiharkan harta mereka atau berdepan dengan risiko kehilangan semua harta menjelang Januari 2017.

Sebarang deposit wang dalam jumlah yang banyak tanpa penjelasan rasmi akan memberi isyarat merah kepada kerajaan.

Namun, semuanya tidak berjalan dengan selancar yang disangkakan apabila masalah timbul di mana bank pusat tidak mampu menyediakan berjuta-juta wang kertas baharu bagi menggantikan wang kertas lama, secara rahsia.

Mencetak wang kertas tersebut lebih awal adalah sangat berisiko di mana ia boleh menarik perhatian, mampu mencetuskan kacau-bilau dan juga memberikan amaran kepada penjenayah yang menjadi sasaran dasar baharu ini.

Untuk sebab ini, Bank Rizab India hanya boleh mula mencetak wang 500 rupee dan 2,000 rupee baharu selepas pengumuman itu, bermakna mereka hanya mempunyai masa kurang empat jam bagi memenuhi penukaran wang kertas populasi kedua tertinggi di dunia.

rakyat india dipaksa tukar wang kertas baharu 2016

Ini adalah satu tugas yang sangat mustahil untuk dilakukan.

Bukan sahaja membawa wang tunai untuk didepositkan atau ditukarkan adalah sangat menyusahkan dan mengganggu kehidupan harian sebahagian besar rakyat India, tetapi disebabkan wang kertas baharu tidak mencukupi, mereka terpaksa berbaris panjang di luar bank-bank dan ATM untuk tempoh beberapa bulan.

Bayangkan jika anda mempunyai wang tunai yang banyak di rumah dan hanya dibenarkan menukarkan 4,500 rupees sahaja setiap hari, ini bermakna anda perlu berulang-alik ke bank setiap hari, itu pun mungkin belum tentu selesai.

Bagaimana pula dengan orang kelainan upaya atau warga emas, mampukah mereka beratur untuk menukar wang kertas ini?

Tidak cukup dengan itu, wang kertas baharu tersebut adalah lebih kecil yang memerlukan ATM dipasang semula untuk digunakan yang melambatkan lagi proses ini.

Akibatnya, rakyat India memfailkan saman dan mogok serta tunjuk perasaan diadakan ke atas apa yang ramai lihat sebagai gangguan yang tidak masuk akal terhadap kehidupan harian oleh kerajaan.

Dan walaupun semua ini berlaku, terdapat alasan yang agak kukuh untuk kita berasa ragu-ragu bahawa polisi ini mencapai kesan yang dirancang.

Secara umumnya, terdapat dua matlamat demonetisasi iaitu yang pertama untuk melemahkan pembiayaan pengganas, dan kedua, untuk mensasarkan ekonomi gelap yang tidak formal.

rakyat india serbu atm demonetisasi india 2016

Kedua-dua ini adalah sangat sukar untuk diukur saiznya.

Tiada siapa yang tahu dengan pasti sama ada kumpulan pengganas terkesan dengan demonetisasi ini dan pasaran gelap juga bermasalah kerana ia tidak dapat diukur.

Apa yang kita tahu, menurut Bank Rizab India sendiri, iaitu 99.3% daripada wang kertas yang didemonetisasikan itu dikembalikan semula.

Dalam kata lain, dasar ini hanya berjaya mengasingkan sejumlah kecil wang dari edaran. Para pakar bersetuju bahawa wang haram sebahagian besarnya disimpan dalam bentuk emas, perak, hartanah dan akaun bank luar negara, dan bukannya dalam bentuk wang bernilai sekitar RM20 dan RM50.

Memang benar demonetisasi ini menambah 9 juta pembayar cukai baharu, tetapi kekacauan besar-besaran ini juga membuatkan 8.8 juta orang berhenti membayar cukai pada tahun tersebut kemungkinan disebabkan oleh kehilangan pendapatan..

Dan walaupun penggunaan pembayaran digital dilihat meningkat, ia tidak memberikan kesan berpanjangan selepas wang kertas baharu diedarkan sepenuhnya.

Tiga tahun kemudian, satu-satunya hasil jelas daripada demonetisasi ini adalah kekacauan serta-merta yang berlaku di seluruh negara di mana masa dibazirkan di bank, ketidaktentuan kewangan bagi mereka yang paling terkesan, kehilangan pendapatan dan nyawa melayang.

narendra modi keluarkan dasar demonetisasi india 2016

Lebih teruk, dasar ini datang entah dari mana, dan bukannya sebagai tindak balas kepada inflasi atau pergolakan.

Jadi, mengapa dasar ini masih popular di India bagi kalangan mereka yang membayar kos semua ini?

Seperti penyatuan kuasa Xi Jinping di China, Modi berjaya "menjual" cerita tentang ketidakadilan, dengan menyasarkan rasuah dan penjenayah, untuk mendapat sokongan politik.

Tidak lama selepas itu, parti Modi memenangi pilihan raya 2017 di negeri paling ramai penduduk di India iaitu Uttar Pradesh, hasil daripada kepercayaan bahawa demonetisasi tersebut merupakan pengorbanan bersama-sama yang diperlukan untuk membuatkan orang kaya membayar bahagian yang setimpal.

Sesiapa yang memprotes dasar itu dengan mudah boleh dilabel sebagai penjenayah yang cuba menyembunyikan wang haram.

Demonetisasi ini bukannya membuatkan populasi India menentang kerajaan tetapi sebaliknya, membuatkan orang ramai berasakan bahawa mereka telah melakukan sesuatu dengan menyumbang dalam membantu memerangi jenayah.

narendra modi menang pilihan raya uttar pradesh 2017

Parti Modi sebenarnya boleh meluluskan undang-undang yang sama efektif tetapi kurang mengganggu rakyat dalam usaha memerangi wang haram dan menjelaskannya untuk mendapatkan sokongan.

Namun, Modi tahu cara terbaik untuk menyampaikan maklumat adalah menunjukkan sendiri kepada mereka secara terus.

Di penghujungnya, demonetisasi mencapai matlamat sebenarnya untuk mendorong sokongan politik dengan menjadikan konsep abstrak sebagai sesuatu yang ketara dan interaktif.

Rujukan:

1. BBC

2. Strategy Business

3. Polly Matter

4. Little India




Hakcipta iluminasi.com (2017)