Mengikut kalendar Islam, Hari Raya Aidilfitri akan disambut setiap tahun pada tanggal 1 Syawal mengikut kalendar Islam. Hari Raya merupakan hari yang dinanti-nanti oleh umat Islam sebagai simbolik hari kemenangan setelah setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.
Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Puasa dapat ditentukan melalui 2 kaedah iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun secara hisab (kiraan). Melaui kaedah rukyah, apabila anak bulan kelihatan ia menandakan permulaan sesuatu bulan (dalam hal ini, kedatangan bulan Syawal yang menandatangan sambutan Hari Raya).
BESARKAN TEKS A- A+
Sebagai orang awam, kita tidak perlu khuatir memandangkan tugas mencerap ini terletak pada tanggungjawab pihak yang berwajib yang akan melakukan pencerapan pada sebelah petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik.
Sekiranya kita merujuk kepada kalendar, kita juga dapat mengenalpasti tarikh sambutan Hari Raya yang telah ditentukan melalui kiraan yang dilakukan oleh sekumpulan ahli Falak yang telah dilantik oleh pihak Jakim.
Sejarah pengumuman Hari Raya Aidilfitri
Di negara jiran kita Indonesia, sambutan Hari Raya di sana ada kalanya berbeza mengikut tempat kerana terdapatnya perbezaan fahaman/pengikut di sesetengah kawasan tertentu. Lagipun, negaranya cukup besar. Namun di Malaysia, kekeliruan seperti ini tidak berlaku memandangkan tanggungjawab membuat pengisiytiharaan ini sudah terletak di bawah bidang kuasa Majlis Raja-Raja.
Perkara ini telah dipersetujui pada Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat Kali Yang Ke-92 yang menetapkan bahawa pengumuman mengenai tarikh sambutan Hari Raya Aidilfitri ini terletak di bawah bidang kuasa Majlis Raja-Raja dan bukanlah kerajaan negeri.
Dengan persetujuan ini, maka tidak ada lagi perbezaan atau percanggahan tarikh antara negeri-negeri di Malaysia. Perbezaan tarikh ini mungkin berlaku kerana keadaan cuaca sehingga di sesuatu pusat cerapan, anak bulan mungkin tidak kelihatan.
Kisah Perak dan Johor Raya awal sehari
Mungkin generasi kini tidak tahu, suatu ketika dahulu atau lebih tepat lagi pada tanggal 12 Jun 1982, negeri Perak dan Johor telah menyambut Hari Raya Aidilfitri satu hari lebih awal daripada ngeri-negeri lain seluruh Malaysia. Bagaimanakah kejadian ini berlaku?
Peristiwa pelik dan mungkin tidak akan berulang lagi ini dipercayai berlaku ketika zaman pemerintahan Almarhum Sultan Idris Shah dan Almarhum Sultan Johor pada ketika itu. Segalanya bermula apabila sekumpulan nelayan dari laut mendakwa telah melihat anak bulan dan berita itu dengan sangat pantas telah tular dalam kalangan penduduk.
Lebih menguatkan dakwaan tersebut, pasukan marin yang menjaga perairan negara turut mengesahkan melihat kelibat anak bulan yang menandakan kedatangan bulan Syawal.
Berita ini akhirnya sampai ke pengetahuan Mufti yang kemudiannya telah memaklumkan kepada pihak Tuanku Sultan. Tuanku Sultan kemudiannya telah berkenan untuk bertitah mengenai pengisytiharaan Hari Raya pada keesokan harinya.
Perkara yang sama juga terjadi di Johor. Maka, terjadinya peristiwa pelik apabila negeri Perak dan Johor menyambut Hari Raya Aidilfitri awal sehari daripada negeri-negeri lain di Malaysia.
Jabatan Penerangan dan pihak polis telah menggunakan pembesar suara untuk mengumumkan hari raya ke seluruh bandar dan pelusuk kampung. Tuanku Sultan dikatakan membuat keputusan demikian kerana yakin anak bulan yang dilihat oleh nelayan dan marin itu adalah betul dan sahih.
Kekecohan akibat beraya awal sehari
Peristiwa ini tidak lepas sebarang kekecohan terutamanya penduduk yang tinggal di sempadan antara negeri misalnya di Tanjung Malim yang terletak di negeri Perak tetapi bersempedanan dengan negeri Selangor.
Bayangkan juga keadaan panik orang-orang tua di rumah apabila mendengar pengumuman tersebut. Kebiasaannya juadah Hari Raya seperti rendang, lemang dan sebagainya akan disediakan mulai malam Hari Raya.
Akibat pengumuman ini, mereka mungkin belum bersedia dengan bahan-bahan masakan kerana menyangka mempunyai satu hari lagi untuk berpuasa. Peristiwa unik ini dikatakan hanya berlaku satu kali sahaja dan tidak pernah berlaku lagi memandangkan negara kita sudah mempunyai cara dan kaedah yan lebih sistematik untuk menentukan tarikh Hari Raya Aidilfitri.
Ada sesiapa golongan generasi terdahulu pernah melalui peristiwa pelik ini? Kongsikan dengan kami. Ianya pasti satu peristiwa yang tidak mungkindapat dilakukan.
Kredit: