Pada Disember 2019, berbekalkan keyakinan dan kemajuannya dalam roket buatan sendiri, "Mad" Mike Hughes berfantasi tentang ketika mana dia menunjukkan kepada manusia bahawa kita sebenarnya tinggal di atas Bumi yang rata.
Rancangannya adalah untuk cuba terbang dengan ketinggian beberapa kilometer dalam sebuah belon, kemudiannya melancarkan roket ke garisan Karman (penghalang sejauh 100 kilometer yang memisahkan atmosfera dan ruang vakum angkasa lepas).
BESARKAN TEKS A- A+
"Untuk tempoh 3 jam, dunia berhenti," kata Mike yang membayangkan reaksi ini ketika membuat stream langsung.
Dan pada 22 Februari 2020, Mike berusia 64 tahun yang dilabelkan sebagai sangat berani dan seorang ahli teori Bumi rata serta stuntmant, terbunuh apabila roket buatan sendiri yang dinaikinya menjunam ke Bumi selepas dilancarkan di Barstow, California.
Justin Chapman yang merupakan seorang wartawan, menyaksikan sendiri pelancaran roket tersebut sambil melaporkan sebuah kisah panjang tentang Mike.
Payung terjun roket tersebut tercabut sebaik sahaja roket tersebut berlepas, membuatkan orang ramai sekitar 50 orang yang menyaksikannya menjadi panik.
Pasukan Mike kemudiannya bergegas ke lokasi di mana roket tersebut terjunam kira-kira 800 meter dari kedudukan mereka untuk membuat pemeriksaan.
Mereka kemudiannya kembali dengan berita yang sangat mengerikan, iaitu Mike Hughes telah terbunuh dan roket tersebut menjadi seperti lempeng, serta tiga lagi payung terjun di dalamnnya tidak pernah digunakan.
Rakan yang telah lama bekerjasama dengan Mike iaitu Waldo Stake memberitahu The Associated Press bahawa percubaan itu tidak berjaya dan Mike telah terbunuh.
Akan tetapi, Waldo enggan menyatakan apa yang menyebabkan perkara itu berlaku. Sekurang-kurangnya Mike berjaya membuat satu pelancaran, yang mana dia menulis perkataan "FLAT EARTH" pada roket tersebut.
"Ia satu perkara yang sangat berani. Mike adalah antara salah seorang yang paling bijak saya pernah kenal," kata Waldo dalam satu temubual.
Roket yang dinaiki Mike bukanlah direkabentuk untuk sampai ke angkasa lepas, tetapi ia merupakan satu langkah yang jelas ke arah pembinaan roket lebih hebat yang dirancangnya.
Ia merupakan satu pengakhiran yang tragis bagi Mike, tetapi apa yang paling jelas dan menarik bagi mereka yang menyokong teori Bumi rata mungkin adalah Bumi bukanlah berbentuk sfera dan dikelilingi oleh bintang-bintang gergasi, tetapi satu satah rata dengan matahari kecil di atasnya.
Walaupun tiada hipotesis berkenaan dengan bagaimana rupa bentuk Bumi rata yang didakwa, ramai mereka yang percaya dengan teori ini membayangkan satu cakera rata dikelilingi oleh laut berais.
Mike mendedikasikan beberapa tahun hidupnya membuktikan teori ini, satu cita-cita yang tinggi bermula dengan aksi limosin.
Mike mula terkenal pada tahun 2002 apabila dia melakukan lompatan 103 kaki dari limosin Lincoln Town Car, mencatatkan namanya dalam buku Guinness World Record.
Beberapa tahun kemudian, dia cuba untuk melakukan semua lompatan gagal yang dilakukan oleh Evel Knievel, yang mana cuba untuk melompat melepasi Snake River Canyon di Idaho, menggunakan roket berkuasakan stim sama seperti digunakan Mike.
Akan tetapi, Evel gagal melakukannya. Ini menyebabkan tercetusnya komunikasi antara Mike dan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) sekitar tahun 2010, menurut James Van Laak yang ketika itu berkhidmat sebagai pegawai kanan di Pejabat Pengangkutan Angkasa Komersial.
Kedua-dua mereka mula bekerja sama dengan Mike sebagai stuntmant dan James cuba untuk mencari cara untuknya melancarkan roket secara sah.
Selepas James bertemu dengan peguam umum FAA, agensi itu memutuskan bahawa rancangan itu bukanlah pelancaran roket secara definisi, kerana tanjakan yang akan digunakan menjadi sistem pendorong utama bagi pelancaran roket tersebut.
Kali terakhir mereka berdua berbual adalah pada tahun 2012. 2 tahun kemudian, Mike "terbang" sejauh 400 meter di Arizona, dalam satu terbangan yang berakhir dengan Mike diheret oleh saki-baki roket berkenaan.
Pada Mac 2018, Mike menaiki roket buatannya sendiri setinggi 571 meter di atas Gurun Mojave, mencecah kelajuan 563 kilometer sejam.
Ia merupakan langkah seterusnya untuk Mike dalam misinya untuk mengambil gambar Bumi. "Ini akan membuktikan bahawa Bumi tidak berbentuk seperti bola," kata Mike.
Namun, sama ada Bumi rata atau sfera, adalah sesuatu yang mana Mike bersedia untuk berbahas dan memberitahu bahawa dia yakin apa yang akan ditemuinya tetapi juga terbuka dengan idea-idea lain.
Beberapa bulan selepas melakukan aksi pada tahun 2018 itu, Mike memberitahu bahawa dia menjangkakan akan dapat melihat Bumi berbentuk rata, dalam misinya untuk sampai ke angkasa lepas.
"Saya tidak mempunyai apa-apa agenda. Jika saya melihat Bumi berbentuk sfera atau sepert bola, saya akan turun dan berkata benar," kata Mike.
Baru-baru ini Mike Hughes menandatangani perjanjian dengan Channel Science untuk mendokumentasikan projeknya dalam program televisyen "Homemade Astronaut".
Jadi, adakah ada yang masih percaya bahawa Bumi berbentuk rata?
Rujukan:
2. BBC
3. CNN