Pernahkah anda tertanya, dimanakah tempat paling sunyi di muka bumi ini?

Di bangunan ibu pejabat syarikat Microsoft di Redmond, Washington atau lebih tepat lagi di bangunan Building 87, terdapat sebuah bilik khas yang telah mendapat pengiktirafan oleh pihak Guinness World Records sebagai kawasan paling senyap di dunia.

Microsoft, sebuah syarikat teknologi terkenal dunia telah membina sebuah bilik khas atau lebih tepat lagi "anechoic chambera" (boleh juga diterjemahkan sebagai ruang tanpa gema). Menurut kajian yang dilakukan di bilik ini, bilik ini mencatatkan purata bacaan bunyi latar yang tidak dapat dibayangkan, serendah -20,35 dBA.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Bilik ujian produk Microsoft

ujian produk microsoft

Bilik ini adalah sebuah ruangan yang dilindungi dari sumber kebisingan luaran dan dirancang untuk menyerap pantulan suara sepenuhnya di dalamnya. Dua ujian dilakukan oleh pakar suara bebas profesional dan hasil ujiannya ialah bacaan 20.6 dBA dan -20.1 dBA - angka yang jauh lebih baik daripada rancangan asal Microsoft untuk mendapatkan bacaan -16 dBA.

Microsoft ingin membina tempat yang sangat senyap untuk digunakan sebagai lokasi ujian audio dan peranti mereka. Mereka telah membuktikan bilik khas ini telah memperbaiki rekod -13 dBA yang dirakam di Anechoic Test Chamber di Orfield Laboratories, Minneapolis, Minnesota, Amerika Syarikat yang direkod pada bulan Oktober 2012 .

Ruang yang dibina khas di Building 87 di ibu pejabat Microsoft di Redmond, Washington ini merupakan tempat yang menjadi makmal produk syarikat itu berpusat. Produk seperti komputer riba Surface, Xbox dan Hololens semuanya telah dibangunkan di sini.

Pihak Microsoft memerlukan hampir dua tahun untuk merancang dan membina ruang khas ini. Bahkan untuk mencari bangunan yang sesuai memerlukan ujian hampir lapan bulan untuk mendapatkan lokasi yang betul-betul senyap untuk menempatkan ruang ini.

"Rahsia" membina tempat paling senyap di dunia

tempat paling senyap dunia

Untuk mencapai tahap kesunyian yang melampau ini, bilik ini dirancang dengan struktur seperti bawang yang mengasingkannya dari seluruh bangunan dan dunia luar. Ia terbina dari enam lapisan konkrit dan keluli dan tidak bersambung atau bersentuhan dari bangunan di sekitarnya.

Ruang ini terletak di atas susunan 68 spring penyerap getaran. Di dalamnya, lapisan gentian kaca dipasang di lantai, siling dan dinding untuk memecahkan gelombang bunyi sebelum gelombang ini berpeluang untukk dipantulkan kembali ke bilik. Lantai ruang ini sendiri adalah susunan kabel gantung dalam bentuk grid yang menyerap bunyi. 

Susunan ruang ini yang berlapis-lapis dengan ruang lain - setiap dinding mempunyai ketebalan sekurang-kurangnya 12 inci - membantu mengurangkan bunyi sehingga 110 dBA. Sekiranya terdapat sebuah jet yang melintas di kawasan bangunan ini, anda hanya akan mendengar bunyinya seakan-akan bisikan halus sahaja sekiranya duduk dalam ruangan khas ini.

Sistem insulasi khas yang dicipta dan digunakan pada ruangan khas ni adalah kunci segalanya. Ruangan khas berbentuk kiub ini berukuran 21 kaki (6.36m) di setiap arah. Kesemua permukaannya dilapisi dengan foam penyerap bunyi, membantu mengelakkan sebarang gema melantun dari dinding daripada sebarang bunyi yang dihasilkan di dalamnya.

Seberapa senyapkah ruang ini?

teknologi penyenyap bunyi 767

Untuk membayangkan betapa senyapnya bilik ini, kita boleh membuat perbandingan dengan bunyi biasa yang kita dengar. Sebagai contoh, bisikan manusia akan menghasilkan bunyi sekitar 30 desibel sementara suara seseorang bernafas biasanya hanya 10 desibel.

Nilai 10 desibel ini hampir mencapai had yang mungkin boleh dicapai tanpa mewujudkan keadaan vakum - bunyi yang dihasilkan oleh molekul udara bertembung satu sama lain pada suhu bilik dianggarkan sekitar -24 desibel. Batas pendengaran manusia dianggap sekitar 0 desibel. Walaupun hanya kerana telinga kita tidak dapat mengesan bunyi ini, itu tidak bererti ianya tidak menghasilklkan bunyi.

Kerana tahap bunyi persekitaran di bilik ini sangat rendah, individu di dalam ruang ini dapat mendengar bunyi fisiologi yang tidak akan mereka dengar di tempat lain seperti bunyi ketika memusingkan kepala atau bunyi darah mengalir di telinga mereka. Nafas anda sendiri akan kedengaran agak kuat.

Anda akan berfikir bahawa tempat yang begitu tenang dan sunyi ini pastinya akan diminat ramai dan menghasilkan pengalaman yang menenangkan. Tetapi bagi mereka yang pernah menghabiskan masa di sana, ini jauh daripada "ketenangan" yang diimpikan. Kebanyakan individu akan mendapati pengalaman yang sangat tidak selesa.

Sebilangan orang hanya mampu berada dalam bilik ini hanya dalam beberap saat. Kebanyakan mengatakan bahawa mereka tidak boleh berada di sana dalam tempoh lama kerana mereka dengan jelas dapat mendengar orang bernafas di seberang bilik dan mendengar bunyi yang dihasilkan perut mereka. Sebilangan kecil individu merasa pening. 

Hanya segelinntir individu yang merasakan ruang ini menenangkan. Menurut rekod, sangat jarang seseorang individu mampu berada sehingga 45 minit di dalam ini. Hanya seorang individu yang mampu bertahan selama sejam dalam bilik ini, itupun dilakukan untuk program amal mengumpul dana.

Berada lama dalam bilik ini mampu membuatkan seseorang individu itu gila. Bayangkan setiap kali anda menelan air liur, bunyinya sangat kuat. Setiap hela nafas, gerak-geri tubuh akan kedengaran jelas di telinga. Berada berseorangan dalam bilik ini sudah pastinya satu pengalaman yang mampu membuatkan anda berdebar-debar.

Kredit:

  1. Guinness World Records
  2. BBC
  3. CNN



Hakcipta iluminasi.com (2017)