"Dalam 22 tahun bekerja sebagai seorang wartawan, ini adalah antara kes yang paling saya tak dapat lupakan kerana kita tahu tentang "siapa", "apa", "bila" dan "di mana". Namun, "mengapa" selalu menjadi persoalan," kata Lolita Lopez wartawan NCB Los Angeles sebagai rujukan kepada kes kematian misteri Elisa Lam.

Sehingga ke hari ini, tiada siapa yang benar-benar tahu bagaimana Elisa Lam mati.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Apa yang diketahui adalah pelajar berusia 21 tahun warga Kanada ini kali terakhir di Hotel Cecil di Los Angeles pada 31 Januari 2013.

Tetapi rakaman CCTV yang menakutkan sebaik sebelum kehilangan Elisa dan juga butiran-butiran yang muncul selepas itu, hanya menimbulkan lebih banyak persoalan daripada jawapan.

Sejak mayatnya ditemui di dalam tangki air hotel tersebut pada 19 Februari, kematian tragis Elisa Lam kekal diselubungi misteri.

Meskipun pejabat pemeriksa mayat memutuskan bahawa kematiannya sebagai "lemas secara tidak sengaja," butiran aneh dari kes Lam telah menimbulkan spekulasi berleluasa tentang apa yang sebenarnya berlaku.

Keganasan internet telah menghasilkan banyak teori tentang tragedi itu, yang membabitkan segala-galanya dari konspirasi pembunuhan kepada roh-roh jahat. Tapi apabila kematian Elisa Lam yang mengganggu, di manakah kebenarannya terletak?

Detektif-detektif Internet mula membuat banyak teori-teori tentang tragedi ini, melibatkan perkara-perkara seperti konspirasi pembunuhan untuk roh jahat.

Kehilangan Elisa Lam

kematian mengerikan elisa lam

Pada 26 Jan 2013, Elisa Lam tiba di Los Angeles.

Dia menaiki kereta api Amtrak dari San Diego dan menuju ke Santa Cruz sebagai sebahagian dari pengembaraan solonya di sekitar Pantai Barat.

Keluarga Elisa sangat bimbang untuk membenarkan dia mengembara berseorangan tetapi dia sendiri bertekad untuk pergi bersendirian.

Untuk berkompromi, Elisa bersetuju untuk memastikan dia menghubungi ibu bapanya setiap hari bagi memberitahu bahawa dia dalam keadaan selamat.

Sebab itulah ibu bapanya berasakan sesuatu yang tidak kena apabila mereka tidak mendapat apa-apa berita dari Elisa pada 31 Januari, hari di mana dia sepatutnya meninggalkan Hotel Cecil.

Ibu bapanya akhirnya menghubungi pihak polis Los Angeles, membuatkan premis berkenaan diperiksa namun kelibat Elisa tidak ditemui.

hotel cecil di los angeles

Polis kemudiannya mendedahkan rakaman yang diambil dari kamera-kamera di Hotel Cecil dengan memuat naik ke laman sesawang mereka.

Dan ketika inilah berita tentang kehilangan Elisa Lam menjadi sangat dahsyat.

Rakaman video berkenaan memaparkan Elisa berada di dalam salah satu daripada lif hotel itu pada hari kehilangannya, dengan tindak-tanduk yang tersangat aneh.

Dalam rakaman itu, Elisa dilihat masuk ke dalam lif dan menekan kesemua butang lif.

Dia kemudiannya menjengukkan kepalanya ke bahagian luar pintu lif, melihat ke arah lorong-lorong hotel.

Elisa seterusnya dilihat merapatkan badannya ke dinding lif dan kelihatan seperti sedang menyembunyikan dirinya sebelum sekali lagi mengendap ke luar lif.

Elisa kemudiannya keluar dan masuk lif, sebelum berdiri di bahagian kiri pintu lif dan melakukan pergerakkan tangan dengan isyarat rawak.

Ketika ini, dia kelihatan seperti melambai-lambai dan bercakap dengan seseorang.

Tak lama kemudian, dia masuk kembali ke dalam lif dan sekali lagi menekan kesemua butang lif sebelum keluar semula dari lif.

Dan selepas itu, Elisa sekali lagi membuat pergerakan tangan yang aneh sebelum hilang dari pandangan kamera, dengan pintu lif yang tertutup dan terbuka beberapa

Tiada siapa dilihat di dalam atau di luar lif tersebut, kecuali Elisa.

Reaksi orang ramai terhadap video yang sangat aneh itu telah mendapat 25 juta tontonan dan menjangkau ke Kanada serta China, negara asal keluarga Elisa.

Penemuan mayat Elisa Lam secara tak sengaja

usaha mengeluarkan mayat elisa lam dari tangki air

Pada 19 Februari, 2 minggu selepas video tersebut diterbitkan oleh pihak berkuasa, seorang pekerja penyelenggaraan Santiago Lopez menemui mayat Elisa Lam terapung di dalam salah satu tangki air hotel berkenaan.

Santiago menemui mayat tersebut selepas memberikan respons kepada aduan dari pelanggan hotel mengenai tekanan air rendah dan rasa pelik yang datang dari air paip tersebut.

Menurut kenyataan ketua Jabatan Bomba Los Angeles, tangki di mana mayat Elisa ditemui perlu dikosongkan sepenuhnya dan kemudian dipotong dari sisi untuk mengeluarkannya.

Tiada siapa tahu bagaimana mayat Elisa yang ditemui terapung di samping pakaiannya yang dilihat dalam video tersebut, berakhir di dalam tangki air hotel atau siapa lagi yang terlibat.

Kakitangan hotel memberitahu pihak berkuasa bahawa Elisa kerap dilihat berseorangan di sekitar premis hotel.

Tetapi, ada seorang individu yang melihat Elisa sebaik sebelum kematiannya. Di sebuah kedai buku The Last Bookstore yang terletak berhampiran, pemiliknya Katie Orphan adalah antara orang terakhir yang melihat Elisa ketika hidup.

Katie teringat bahawa Elisa membeli buku-buku dan muzik untuk keluarganya di Kanada.

"Kelihatan seperti (Elisa) merancang untuk pulang dan memberikan hadiah kepada ahli keluarganya," kata Katie Orphan kepada CBS Los Angeles.

Selepas keputusan autopsi kes Elisa keluar, ia hanya menimbulkan lebih banyak soalan.

Laporan toksikologi mengesahkan bahawa Elisa telah mengambil beberapa jenis ubat-ubatan, kemungkinan untuk masalah bipolar yang dihidapinya.

Tetapi tidak ada petunjuk melibatkan sebarang alkohol atau bahan haram di dalam tubuhnya.

Autopsi tak lengkap cetuskan teori-teori liar

ahli keluarga elisa lam

(Ahli keluarga Elisa Lam)

Sejurus selepas laporan toksikologi dikeluarkan, "detektif-detektif" amateur mula meneliti semua maklumat yang mereka peroleh dengan harapan daapt menyelesaikan misteri di sebalik kematian Elisa Lam.

Sebagai contoh, satu ringkasan laporan toksikologi Elisa dimuat naik secara online oleh seorang detektif Reddit dengan minat yang jelas dalam perubatan.

Ia memberikan penekanan kepada 3 perkara, iaitu:

  1. Elisa mengambil sekurang-kurangnya satu ubat penenang pada hari tersebut
  2. Elisa mengambil ubat penenang kali kedua dan penstabil mood tak lama sebelum itu, tetapi bukan pada hari kejadian
  3. Elisa tidak mengambil ubat anti-psikotik nya ketika itu

Kesimpulan ini mencadangkan bahawa Elisa, yang telah didiagnosis dengan gangguan bipolar dan kemurungan, mungkin tidak mengambil ubat-ubatan yang sepatutnya dengan betul.

Ini adalah satu penemuan yang penting untuk diperhatikan memandangkan penggunaan ubat penenang untuk merawat gangguan bipolar boleh berisiko merangsang kesan sampingan (bertenaga dan gembira) jika diambil tanpa kawalan.

kematian misteri elisa lam

Sesetengah detektif-detektif amateur terlalu terikat dengan butiran ini dan mencadangkan ia adalah penjelasan yang mungkin di sebalik kelakuan aneh Elisa di dalam lif tersebut.

Kenyataan pengurus hotel berkenaan iaitu Amy Price di mahkamah sangat menyokong teori ini.

Semasa Elisa menginap di Hotel Cecil, Amy berkata bahawa dia pada asalnya menempah bilik seperti hostel berkongsi dengan orang lain.

Walau bagaimanapun, aduan tentang "kelakuan ganjil" dari rakan sebilik Elisa memaksa dia dipindahkan ke bilik peribadi.

Tetapi walaupun jika Elisa ebrgelut dengan masalah mental, bagaimana dia boleh terbunuh? Malah, bagaimana dia boleh ditemui di dalam tangki air hotel?

Laporan autopsi tidak menunjukkan sebarang petunjuk tingkah laku ganas dari bukti yang diproses.

Tetapi pejabat pemeriksa mayat menyatakan bahawa mereka tidak dapat melakukan pemeriksaan penuh kerana mereka tidak dapat memeriksa darah dari tubuh Elisa yang mereput.

Siapa bertanggungjawab ke atas kematian Elisa Lam?

elisa lam dan rakan rakannya

(Elisa Lam bersama rakan-rakannya)

David dan Yinna Lam memfailkan saman kematian salah terhadap Hotel Cecil beberapa bulan selepas kematian anak perempuan mereka didedahkan.

Peguam keluarga Lam menyatakan bahawa hotel mempunyai kewajipan untuk "memeriksa dan mencari bahaya di hotel yang boleh memberi risiko bahaya yang tidak munasabah kepada [Elisa] dan tetamu hotel lain."

Hotel Cecil tidak duduk diam dan melawan saman itu denganmemfailkan usul untuk menolaknya.

Peguam hotel berhujah bahawa hotel tidak mempunyai alasan untuk berfikir bahawa seseorang boleh masuk ke dalam salah sebuah tangki air mereka.

Berdasarkan kenyataan mahkamah dari kakitangan penyelenggaraan hotel, hujah hotel itu adalah munasabah.

Santiago Lopez, individu pertama yang menemui mayat Elisa, menerangkan dengan terperinci berapa susahnya dia untuk mencari mayat Elisa. 

Santiago berkata bahawa dia menaiki lif ke tingkat 15 hotel tersebut sebelum menaiki tangga ke bumbung. 

Kemudian, dia terpaksa menutup pengera keselamatan bumbung dan memanjat ke atas platform di mana 4 buah tangki air hotel itu terletak.

Akhir sekali, Santiago terpaksa memanjat satu lagi tangga untuk naik ke atas tangki utama. Ketika itulah dia menyedari terdapat sesuatu yang luar biasa.

"Saya menyedari bahawa penutup tangki air utama terbuka dan melihat ke dalamnya, mendapati seorang wanita Asia terapung dengan muka menghadap ke atas kira-kira 12 inci dari bahagian atas tangki," kata Santiago Lopez.

Keterangan Santiago mencadangkan bahawa sangat sukar bagi Elisa untuk sampai ke bahagian atas tangki air bersendirian dan pasti akan ada yang dapat menyedarinya.

lokasi kejadian kematian elisa lam

Ketua Jurutera hotel, Pedro Tovar juga menjelaskan bahawa amat sukar bagi sesiapa sahaja untuk mengakses bumbung hotel, lokasi di mana tangki air hotel terletak tanpa memicu penggera keselamatan.

Hanya kakitangan hotel sahaja yang dapat mematikan penggera dengan betul. Sekiranya ia berlaku sesuatu, bunyi penggera akan sampai ke meja penyambut tetamu serta seluruh dua tingkat teratas hotel berkenaan.

Hakim Mahkamah Tinggi Los Angeles Howard Halm memutuskan bahwa kematian Elisa Lam adalah "tidak dapat dijangka" kerana ia berlaku di kawasan di mana ia tidak dibenarkan diakses oleh para tetamu.

Jadi, saman itu telah ditolak.

Sejarah Hotel Cecil yang sangat menakutkan

hotel cecil lokasi kejadian kematian misteri elisa lam 710

Kematian misteri Elisa Lam bukanlah satu-satunya kejadian sedemikian yang pertama pernah berlaku di Hotel Cecil.

Malah, masa lalu bangunan itu yang tercemar telah memberikan reputasi sebagai antara salah satu bangunan paling berhantu di Los Angeles.

Sejak pertama kali dibuka pada tahun 1927, Hotel Cecil telah dibelenggu oleh 16 kematian bukan semulajadi dan peristiwa paranormal yang tidak dapat dijelaskan.

Kematian yang paling terkenal berkaitan dengan hotel itu selain kes Elisa Lam adalah pembunuhan pelakon Elizabeth Short, juga dikenali sebagai "Black Dahlia," yang dilaporkan dilihat minum di bar hotel pada hari sebelum kematiannya.

Hotel ini juga pernah dikunjungi oleh beberapa pembunuh paling terkenal di Amerika Syarikat.

Pada tahun 1985, Richard Ramirez yang juga dikenali sebagai "Night Stalker", tinggal di tingkat paling atas hotel ketika melakukan pembunuhan besar-besarannya.

Diceritakan bahawa selepas melakukan satu pembunuhan, Richard akan membuat bajunya yang berlumuran darah di luar hotel dan pulang dengan separuh bogel.

richard ramirez

(Richard Ramirez)

6 tahun kemudian, seorang lagi pembunuh tinggal di hotel itu, iaitu pembunuh bersiri warga Austria Jack Unterweger yang diberi nama julukan "Vienna Strangler".

Dengan sejarah yang mengerikan, anda mungkin beranggapan bahawa Hotel Cecil akan dipulau.

Tetapi sebaliknya, bangunan lama ini telah diberikan status mercu tanda oleh Majlis Bandaraya Los Angeles baru-baru ini. Hotel ini diberi penghargaan sedemikian kerana pembukaannya pada tahun 1920-an, yang dianggap permulaan industri penginapan di A.S.

Sementara itu, kematian tragis Elisa Lam di hotel ini telah memberi inspirasi kepada penyesuaian budaya pop seperti American Horror Story: Hotel, oleh Ryan Murphy.

Semasa sidang akhbar untuk rancangan itu, Ryan Murphy menyatakan bahawa musim baru "telah diilhamkan oleh video pengawasan dari sebuah hotel yang berpusat di Los Angeles yang muncul dua tahun lalu. Rakaman itu menunjukkan seorang gadis dalam lif yang kemudiannya tidak lagi ditemui".

Paling terbaru, studio permainan video mendapat kritikan yang sangat hebat selepas pemain-pemain permainan video YIIK: A Postmodern RPG mendapati persamaan yang sangat serupa dengan kes Elisa Lam.

elisa lam

Dalam salah satu babak permainan itu, watak utama Alex menerima fail video memaparkan satu lagi watak iaitu Sammy, di dalam lif.

Pintu lif itu kemudiannya terbuka dan mendedahkan dimensi alternatif lain di satu lagi bahagian, dan Sammy kemudiannya ditangkap oleh setan sambil menjerit-jerit.

Dalam temu bual 2016 dengan Waypoint, Andrew Allanson yang merupakan pengasas bersama Acck Studios (syarikat dyang menghasilkan permainan YIIK) bercakap tentang bagaimana kematian Elisa Lam telah mempengaruhi penghasilan permainan itu.

Walaupun jawapan kepada misteri di sebalik kematian Elisa Lam masih tidak jelas, obsesi yang mengelilingi misteri itu kekal dalam minda orang awam sejak itu.

Rujukan:

1. Misteri Di Sebalik Kematian Mengerikan Elisa Lam Yang Tak Dapat Dirungkai

2. Perkara Aneh Melibatkan Kematian Misteri Elisa Lam

3. Kes Misteri Elisa Lam




Hakcipta iluminasi.com (2017)