Oleh pada 05 Dec 2017 kategori

Kredit foto: Mstar

Penyanyi Norshila Amin tampil dalam sebuah sidang media tergempar semalam untuk membersihkan namanya selepas dikaitkan dengan kes pergaduhan bersama aktres Lana Nordin.

Ia termasuk dakwaan mengatakan beliau telah menipu duit beberapa selebriti dalam sebuah ekspo yang berlangsung di Brunei.

kes gaduh dan tipu duit artis norshila amin angkat sumpah laknat 2

Kredit foto: blogzoomer.blogspot.my

Dalam sidang media itu, Norshila mengangkat sumpah laknat sebanyak lima kali sebagai menafikan dia melakukan penipuan seperti yang didakwa. Turut sama hadir adalah anak perempuannya yang juga mengangkat sumpah laknat bagi mengukuhkan lagi penafian berkenaan.

"Bersaksikan Al-Quran, saya dan anak-anak mengangkat sumpah laknat bagi membersihkan nama kami yang telah difitnah. Apa yang saya lakukan ini semata-mata kerana Allah dan sekiranya tidak benar apa kami katakan, kami reda dengan kemungkaran Allah," katanya.

kes gaduh dan tipu duit artis norshila amin angkat sumpah laknat 3

Kredit foto: malaysiandigest.com

Dalam masa sama, Norshila juga melahirkan rasa tidak puas hati dengan tindakan pengacara Roslan Shah yang tampil dalam satu siaran langsung di Facebook berkaitan pergaduhannya dengan Lana - walhal dia tidak pernah melibatkan nama Roslan dalam isu tersebut.

"Saya akui wujud pertengkaran dengan Lana tetapi semasa kami bergaduh baik saya atau Lana langsung tidak menyebut atau mengaitkan namanya. Roslan tiada di tempat kejadian jadi saya tidak tahu siapa dan bagaimana dakwaan pergaduhan kami itu sampai ke telinganya.

kes gaduh dan tipu duit artis norshila amin angkat sumpah laknat 4

Kredit foto: Beautifulnara

"Saya sekeluarga ingin memaklumkan kami tidak menuntut permohonan maaf daripada Lana atau Roslan, rakan peniaga dan artis yang menyebar fitnah tersebut selain mereka yang mengutuk dan mengeji.

"Kami menuntut mereka sama-sama mengangkat sumpah laknat supaya membenarkan kata-kata mereka adalah benar dan sekiranya tidak benar laknat Allah akan jatuh kepada mereka," tegasnya.

Dalam pada itu, Shila menangkis dakwaan Lana yang mengatakan kononnya dia mengamuk besar sehingga menendang troli.

Malah dia juga menafikan telah menengking anak saudara Lana yang bekerja di gerai milik aktres itu.

kes gaduh dan tipu duit artis norshila amin angkat sumpah laknat 5

Kredit foto: mohdrohaizad.com

Menyimpan niat untuk membawa isu itu ke muka pengadilan, Shila bagaimanapun masih bersedia untuk berbincang dan menyelesaikan perkara itu secara baik dengan Lana.

Sumber berita: Mstar & Beautifulnara




Hakcipta iluminasi.com (2017)