Porsche bukanlah jenama asing dalam dunia automotif. Syarikat Porsche menghasilkan kereta-kereta berprestasi tinggi di mana harganya mencecah ratusan ribu dan jutaan ringgit. Maka tidak hairanlah kereta keluaran syarikat Porsche jarang ditemui di Malaysia.

Walaupun harganya mahal, ia masih mempunyai segmen pelanggan dan peminat tertentu. Dalam laporan kewangan yang dibentangkan untuk tahun 2016, Porsche telah mencatatkan prestasi yang memberangsangkan daripada tahun sebelumnya. Oleh itu, pihak syarikat telah berbesar hati untuk memberikan setiap pekerja mereka bonus besar berjumlah $9800.

sports car 986

Menariknya, bonus ini diberikan kepada semua pekerja tidak kira jawatan yang disandang oleh mereka. Oleh itu, setiap pekerja pencuci lantai turut sama dapat menikmati bonus tersebut! Bonus yang diberikan kepada setiap pekerja itu juga melebihi bonus yang diberikan oleh mereka kepada pekerja mereka pada tahun sebelumnya.

Dalam keadaan ekonomi dunia yang semakin meruncing, peningkatan prestasi yang dicatat oleh Porsche ini semestinya sesuatu yang membanggakan buat mereka.

porsche martini

Mengenai kereta elektrik, Porsche telah mengumumkan mereka akan mengeluarkan kereta elektrik menjelang tahun 2020. Kereta tersebut yang diberi kod nama Mission E, akan menyaksikan lebih 1000 pekerja baru akan dibawa masuk untuk membangunkannya.




Hakcipta iluminasi.com (2017)