Oleh pada 14 Jul 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Elly Mazlein 

Penyanyi Elly Mazlein tidak dapat menerima alasan bekas suaminya, Azmi Hatta yang ingin mengurangkan tuntutan nafkah anak mereka, Putri Sara Sefhia - daripada jumlah asal RM1,500 kepada RM500 sebulan.

Sebab utama yang diberikan Azmi adalah kerana tanggungan kos motorsikal berkuasa tingginya yang perlu dibayar sebanyak RM 1,150 setiap bulan.

Menurut Elly, alasan yang diberikan Azmi tidak cukup kukuh, justeru dia akan mengambil tindakan mempertahankan hak anaknya. 

kerana motorsikal azmi hatta minta kurangkan nafkah pendedahan mengejutkan elly mazlein 2

Kredit foto: Instagram Elly Mazlein

Bagi saya alasan itu tidak munasabah. Sebab itu saya berkeras untuk menuntut RM1,500 sebulan seperti mana yang telah diputuskan mahkamah sebelum ini. Bukan itu sahaja, saya juga akan mengambil tindakan terhadapnya kerana ingkar perintah mahkamah selepas dia gagal memperuntukkan perbelanjaan sempena Aidilfitri berjumlah RM1,500.

Sumber: Utusan Online

Terdahulu, Elly dan Azmi hadir di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Salak Tinggi berhubung permohonan Azmi untuk mengurangkan bayaran nafkah anak mereka. Perbicaraan mahkamah bakal diteruskan pada 1 Ogos depan. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)