Oleh pada 07 Jul 2017 kategori

Kredit foto: rotikaaya.blogspot.my 

Sebelum ini netizen telah digemparkan dengan sindiran pedas oleh penyanyi Elly Mazlein selepas bekas suaminya, Azmi Hatta dikatakan "patah hati" kerana tidak berpeluang untuk bertemu anak mereka, Sefhia.

Elly mendakwa anaknya masih menyusu badan, justeru untuk menghantar Sefhia beraya bersama Azmi selama beberapa malam adalah sesuatu yang mustahil.

Malah, Elly turut menyindir isteri baru Azmi iaitu pelakon Faye Kusairi.

Dalam perkembangan terbaru, nampaknya Faye telahpun mengambil tindakan susulan iaitu dengan menutup ruangan komen di laman Instagramnya.

Gara-gara itu ramai yang tertanya, adakah Faye sedang berkecil hati dengan Elly?

Bagaimanapun, Faye hanya menutup ruangan komen pada kiriman yang memaparkan foto bersama suami dan anak tirinya sahaja.

Foto tersebut disertakan dengan kapsyen yang bercerita tentang kesedihan yang ditanggung Azmi kerana tidak dapat beraya bersama Sefhia.

tindakan faye kusairi selepas terima sindiran panas elly mazlein 2

Kredit foto: Instagram Faye Kusairi




Hakcipta iluminasi.com (2017)