Oleh pada 10 Mar 2017 kategori

Kredit foto: malaysianaccess.com

Siapa yang tak kenal dengan puteri comel kesayangan Elly Mazlein, Putri Sara Sefhia yang sudah menjengah usia satu tahun semalam - 9 Mac 2016. Hari istimewa tersebut diraikan penuh makna oleh Elly dalam sebuah majlis ulang tahun petang semalam. 

Namun, apa yang menjadi tanda tanya apabila dikhabarkan bapa kepada anak sulung mereka itu, Azmi Hatta pula tidak kunjung tiba. Kita sedia maklum akan beberapa persengketaan yang tercetus antara Elly dan bekas suaminya sejak bercerai. Namun kasih sayang Azmi Hatta terhadap anaknya masih terpancar menerusi kunjungan beliau ke rumah sebelum ini. 

Agak lama tak mendengar apa susulan hubungan Azmi Hatta dan anaknya, juga hubungan terbaru dengan Elly. 

Dalam perkembangan terkini, selepas Azmi Hatta tidak hadir ke majlis ulang tahun kelahiran anaknya, Elly tampil memberikan luahan terbaru. 

Menurut Elly, dia menganggap Azmi seorang yang sangat sibuk sehingga terlupa untuk mengambil tahu akan anaknya sendiri, apatah lagi memberikan ucapan selamat hari jadi. Malah kata Elly, Azmi sering memberikan nafkah lambat daripada tarikh yang ditetapkan. 

elly 2 1

Kredit foto: Instagram Elly Mazlein

Saya anggap dia pergi ‘berperang’ sahaja. Sibuk sangat sampai tiada masa hendak tanya soal anak. Sefhia sudah setahun usianya namun bukan sahaja hadiah, ucapan pun tidak ada. Sefhia tidak pernah dapat sehelai baju pun daripada bapanya. Mungkin dia rasa RM1,500 itu cukup. Tapi dia sepatutnya datang jumpa anak, itu tanggungjawab sebagai bapa. Mungkin dia sudah lupa anaknya kini setahun. Saya sengaja tak menjemput dia ke majlis hari ini sebab ada atau tidak, sama sahaja. Patutnya sebagai bapa dia tahu, takkan saya kena ingatkan. 

Sumber: Utusan Online

Ibu bapa mana yang tidak sayangkan anaknya sendiri. Mungkin dengan luahan Elly ini dapat menyedarkan tanggungjawab bekas suaminya. Semoga hubungan yang terjalin antara bapa dan anaknya ini tidak terlerai walau apa dugaan sekalipun. 

Sumber berita: Beautifulnara 




Hakcipta iluminasi.com (2017)