Cuba lihat hard-disk anda, adakah ia terdiri daripada bahagian yang mana berwarna emas? Jika ya, pastinya anda tertanya-tanya adakah ia emas tulen atau tidak.
Dan jika anda melakukan pencarian Google, anda akan mendapati bahawa emas sememangnya sering kali digunakan pada alat elektronik.
Tetapi, mengapa emas digunakan sedangkan tembaga adalah konduktor yang lebih baik dan juga pilihan yang lebih murah?
BESARKAN TEKS A- A+
Untuk menjawab persoalan ini, kita harus terlebih dahulu memahami bagaimana konduktor elektrik berfungsi.
Apa itu konduktor?
Elektrik adalah bahagian yang tersangat penting dalam kehidupan kita pada hari ini.
Ia pada dasarnya adalah zarah-zarah kecil bercaj yang dipanggil elektron yang bergerak melalui konduktor dari satu titik ke titik lain, sambil membawa arus.
Arus dalam wayar bergantung kepada elektron bergerak melalui konduktor.
Kelajuan elektron bergantung kepada sama ada ia bergerak melalui konduktor elektrik yang baik atau ia adalah penebat. Konduktor yang baik membolehkan elektron melepasi dengan mudah dan cepat.
Penebat pula menghalang laluan elektron yang sekaligus mengehadkan arus dari mengalir.
Oleh itu, konduktor yang baik mempunyai "daya rintangan elektrik rendah" dan penebat mempunyai "daya rintangan elektrik yang tinggi".
Tembaga adalah konduktor elektrik yang sangat baik kerana ia agak murah dan mudah untuk didapati menjadikannya logam yang paling biasa digunakan dalam pendawaian.
Plastik pula adalah penebat dan sering digunakan untuk menyarung wayar untuk mengelakkan kemalangan.
Tembaga adalah konduktor yang lebih baik daripada emas. Jadi, pasti anda lebih tertanya-tanya kenapa emas lebih digunakan untuk menyambung penghujung seperti yang terdapat pada penyabung USB.
Jawapan kepada persoalan ini adalah ringkas dan rumit, serta ia bergantung kepada ciri-ciri emas sebagai logam dan keperluan untuk konduktor yang digunakan dalam komponen elektrik tertentu.
Ciri-ciri emas vs tembaga
Emas adalah sejenis unsur yang jarang ditemui dan berharga yang dikaitkan dengan kemegahan dan kekayaan.
Secara tradisinya, logam ini telah digunakan sebagai bentuk mata wang dan untuk tujuan hiasan. Bukti penggunaannya bermula pada zaman tamadun Mesir purba. Ia tetap menjadi logam terkenal dalam perhiasan dan pembuatan perhiasan.
Walau bagaimanapun, di zaman moden, emas bukanlah lagi sesuatu yang baru. Malah, jika anda memiliki sebarang bentuk teknologi canggih, kemungkinan besar ia terkandung emas.
Sebilangan kecil logam ini digunakan dalam penghasilan pelbagai komponen elektronik.
Emas adalah logam yang paling mulur dan lembut di dunia, jadi ia boleh ditarik ke dalam wayar dan dipalu menjadi helaian dengan mudah.
Sekitar 28 gram logam boleh dileperkan menjadi kepingan nipis sekitar 17 meter persegi.
Emas tulen agak lembut dan oleh itu mudah digunakan dalam proses pengeluaran litar dan penyambung yang kecil serta halus. Emas adalah logam mulur dan paling lembut yang diketahui oleh manusia.
Jika dibandingkan, tembaga adalah agak tidak mudah dibentuk atau mulur, membuatkannya lebih sukar untuk digunakan berbanding emas.
Satu lagi ciri-ciri emas yang menjadikan penggunaannya lebih dipilih berbanding tembaga (atau juga perak) adalah kereaktifannya.
Emas dikenali sebagai unsur "tidak aktif secara kimia", yang bermaksud ia tidak bertindak balas dengan bahan lain dengan mudah.
Dalam keadaan biasa, ia adalah lengai yang mana tidak seperti tembaga atau perak di mana kedua-dunya mudah menghakis dan mencemarkan.
Ciri-ciri yang disebutkan di atas secara kolektifnya menjadikan emas sebagai pilihan yang lebih baik untuk digunakan dalam segmen elektrik.
Peranti yang paling banyak mengandungi emas adalah komputer dan peranti kurang rumit seperti gelombang ketuhar tetapi mempunyai emas di dalamnya.
Sekiranya komponen-komponen yang dibuat menggunakan emas ditukar kepada tembaga, jangka hayat dan kecekapan akan berkurangan membuatkan ia perlu diganti dengan kerap.
Ini akan membuatkan peranti tersebut lebih mahal dan memerlukan penyelenggaraan yang lebih.
(Wayar emas)
Malah, penggunaan emas terbesar di dunia pada ketika ini bukanlah dalam industri perhiasan tetapi dalam industri elektronik.
Oleh kerana ia adalah lebih mahal daripada logam lain dan hakikat bahawa terdapat kekurangan bekalan emas, ada langkah-langkah untuk mengitar semula emas yang digunakan dalam elektronik lama kerana permintaannya masih tinggi dalam industri ini.
10% daripada bekalan emas yang dikitar semula di dunia berasal dari kitar semula industri elektronik.
Jadi dengan segala kelebihan menggunakan emas dalam menghasilkan bahagian elektronik, tak hairanlah walaupun ia lebih mahal tetapi masih dipilih berbanding tembaga dan konduktor lain.
Rujukan:
1. Geology.com
3. Science